Azmin ketika berucap di Istiadat Konvokesyen UNISEL ke-10

Kerajaan Negeri mengesyorkan supaya Universiti Selangor (UNISEL) melihat segala sudut lain bagi mengukuhkan kedudukan kewangannya pada masa akan datang antaranya melalui sistem wakaf.

Menteri Besar, Azmin Mohamed Ali berkata, beliau melihat sistem tersebut semakin mendapat tempat terutama di kalangan university terkemuka dunia yang mengamalkannya.

Menurutnya, dengan kedudukan kewangan yang kukuh dapat membantu UNISEL menjalankan operasinya dengan lancer terutama membantu para pelajar di dalam pendidikan.

“Saya syorkan lihat pilihan lain untuk kukuhkan kewangan dan sekarang sistem wakaf mendapat tempat.

“Sudah tentu pengiktirafan Tan Sri Muhammad Ali Hashim dianugerahkan Anugerah Ijazah Kehormat Doktor Pengurusan Perniagaan dapat bantu UNISEL wujud tabung wakaf seperti diamalkan universiti hebat lain,” katanya selepas menghadiri Istiadat Konvokesyen ke-10 UNISEL di Kampus Bestari Jaya hari ini.

Azmin berkata, Kerajaan Negeri sentiasa komited dalam membantu UNISEL kerana sedar universiti ini sebagai pengeluar produk graduan berkualiti saban tahun.

Menurutnya, UNISEL bukan sahaja melahirkan graduan yang mahir ilmu tetapi juga skil memenuhi kehendak industri.

“Sudah tentu kita meletakkan sasaran tinggi untuk UNISEL dan melabur untuk ini umpamanya tahun lalu sahaja kita peruntukan RM60 juta untuk prasarana.

“30 Oktober akan datang saya akan umumumkan inisiatif sebagai komitmen Kerajaan Negeri terhadap UNISEL dalam Belanjawan Negeri,” katanya.

nike tn nike tn pas cher tn pas cher air jordan air jordan pas cher jordan pas cher barbour paris barbour pas cher tiffany outlet tiffany outlet italia hogan outlet hogan outlet online scarpe hogan outlet louboutin pas cher louboutin louboutin soldes canada goose outlet canada goose outlet italia canada goose outlet online