Prof Dr Shaharuddin (kiri) bersama Prof Dr Anuar di hadapan bendera tersebut

UNISEL mencipta rekod dalam Malaysian Book of Records dengan membina ‘Jalur Gemilang Terapung Terbesar dan Terpantas’ di Tasik Shah Alam Seksyen 7 pada Sabtu lalu.

Bendera terapung sebesar 100 kaki panjang dan 63 kaki tinggi itu menggunakan 25,000 botol plastic yang disiapkan dengan memakan masa hanya tiga minggu.

Seramai 36 pelajar daripada Strangerz Dance Club UNISEL bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Tasotanini terlibat dalam menjayakan program ini.

Pengerusi Strangerz Dance Club, Ruben Raj berkata, tujuan program ini diadakan adalah untuk membuktikan bahawa UNISEL mampu mencipta rekod negara.

Selain itu, Ruben berkata, ia juga sempena menghayati semangat cintakan negara ditonjolkan melalui program sebegini.

“Sebenarnya ia dirancang untuk bulan kemederkaan lalu namun terpaksa ditunda ekoran sebab-sebab tak dapat dielakkan.

“Kami berbangga kerana Berjaya menempatkan nama UNISEL di dalam rekod negara,” katanya.

Dalam program tersebut juga, seramai 400 orang menyertai Eco Friendly Fun Run sejauh 5.5 kilometer yang bermula di UNISEL dan berakhir di tasik tersebut.

Program tersebut dihadiri oleh Presiden dan juga Naib Canselor UNISEL, Prof Dr Anuar Ahmad dan dirasmikan oleh Naib Presiden yang juga Timbalan Naib Canselor Pembangunan Pelajar dan Jaringan Komuniti UNISEL, Prof Dr Shaharuddin Badaruddin sambal disaksikan oleh Adun Kota Anggerik, Yaakob Sapari.

nike tn nike tn pas cher tn pas cher air jordan air jordan pas cher jordan pas cher barbour paris barbour pas cher tiffany outlet tiffany outlet italia hogan outlet hogan outlet online scarpe hogan outlet louboutin pas cher louboutin louboutin soldes canada goose outlet canada goose outlet italia canada goose outlet online