Muhamad Amri Putra

Rata-rata pelajar baru mendaftar pengambilan Oktober menyifatkan yuran murah menjadi faktor utama mengapa mereka memilih UNISEL untuk menyambung pengajian.

UNISEL merupakan antara institut pengajian swasta yang menawarkan yuran pengajian murah.

Perkara ini menjadi daya penarik kepada para pelajar yang berminat untuk meneruskan pengajian.

Muhamad Amri Putra Safhee, 19, berkata dia memilih untuk masuk UNISEL kerana yuran yang dikenakan murah.

Muhamad Amri Putra berkata, ia juga setimpal dengan kemudahan fasiliti ditawarkan universiti.

“Hostel yang ada juga Nampak cantik dan kemudahan terbaik walaupun yuran murah,” katanya ketika ditemui di Kampus Bestari Jaya.

Rohaya Abdul Malik, 20, menyifatkan faktor yuran murah menjadi penyebab utama dia memilih untuk meneruskan pengajian di UNISEL.

Rohaya berkata, faktor lokasi Kampus Bestari Jaya yang terletak jauh dari bandar juga menjadi penyumbang mengapa dia ingin belajar di sini.

“Ramai orang kata belajar di sini seronok kerana terletak di kawasan luar bandar.

“Saya harap dapat belajar bersungguh-sungguh demi Berjaya,” katanya.

Mohd Riyaz Mohd Azmi, 21, berkata, selain daripada faktor yuran, dia sememangnya yakin dengan reputasi UNISEL.

Mohd Riyaz berkata, UNISEL disifatkan antara IPTS yang mempunyai nama di dalam bidang pendidikan di dalam negara.

“Reputasi UNISEL amat baik dan boleh dikatakan gah dari segi pencapaiannya,” katanya.


Mohd Riyaz


Rohaya

nike tn nike tn pas cher tn pas cher air jordan air jordan pas cher jordan pas cher barbour paris barbour pas cher tiffany outlet tiffany outlet italia hogan outlet hogan outlet online scarpe hogan outlet louboutin pas cher louboutin louboutin soldes canada goose outlet canada goose outlet italia canada goose outlet online