Mohamad Hasri Fikri Mohamad Taufik mengharumkan nama UNISEL di dalam Kejohanan Ping Pong Institut Pengajian Tinggi (IPT) Sirkit 2 2015 apabila bergelar juara.

Ia bukan sahaja membanggakan seluruh warga universiti malah ia merupakan pertama kali buat UNISEL.

Ini adalah kali pertama UNISEL menyertai kejohanan yang sudah dipertandingkan buat kali ke-6.

Sebelum ini Mohamad Hasri Fikri yang merupakan pelajar Fakulti Perniagaan berjaya layak ke separuh akhir pada sirkit 1 sebelum merangkul kejuaraan perseorangan lelaki.

Pengurus pasukan, Mohd Anuar Husin berharap UNISEL dapat mengekalkan kejuaraan ini pada Sukan IPT (SUKIPT) 2016 yang akan berlangsung di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, Johor.

Mohd Anuar menyifatkan kemenangan ini sebagai pembakar semangat buat para pelajar lain untuk mengharumkan nama UNISEL di dalam bidang sukan.

“Ini petanda baik kerana walaupun baru pertama kali menyertai kita sudah bergelar johan.

“Kita harap kejuaraan ini dapat dikekalkan di dalam SUKIPT,” katanya.

nike tn nike tn pas cher tn pas cher air jordan air jordan pas cher jordan pas cher barbour paris barbour pas cher tiffany outlet tiffany outlet italia hogan outlet hogan outlet online scarpe hogan outlet louboutin pas cher louboutin louboutin soldes canada goose outlet canada goose outlet italia canada goose outlet online