Prof Dr Anuar bersama Ishak selepas menandatangani MoU di sini

Sebagai membantu Orang Asal yang kurang berkemampuan, seramai 14 sukarelawan UNISEL terlibat dalam projek mendirikan dua buah rumah di Kampung Orang Asli Kelingsing dan Kampung Orang Asli Bakok, Sepang baru-baru ini.

Projek hasil kerjasama pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Insaf Malaysia, itu menelan belanja kira-kira RM24,000.

Rumah yang dibina pula berasaskan kayu kerana ia lebih mesra dengan budaya Orang Asal.

UNISEL menjalinkan kerjasama bersama Insaf Malaysia dalam mengadakan kerja-kerja sukarelawan.

Kerjasama tersebut dipertingkatkan lagi melalui termeterainya memorandum persefahaman (MoU) antara kedua-dua pihak.

Presiden dan Naib Canselor UNISEL, Prof Dr Anuar Ahmad menyempurnakan MoU tersebut bersama Presiden Insaf Malaysia, Ishak Abdul Kadir.

Prof Dr Anuar berharap MoU tersebut dapat menjadi permulaan untuk mewujudkan kesedaran sukarelawan di kalangan para pelajar.

“Dengan adanya perkara seumpama ini ia beri kesan positif pada komuniti selari dengan slogan universiti.

“Harap kegiatan ini dapat dikembangkan dalam pelbagai bentuk penyelidikan,” katanya hari ini di Kampus UNISEL Bestari Jaya yang turut disaksikan oleh Exco Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi dan Hal Ehwal Pengguna, Elizabeth Wong Keat Ping

Ishak berharap kerjasama ini dapat dilakukan terutama ketika menghadapi musim bencana di mana UNISEL menyediakan tenaga sukarelawan.

“Bukan sahaja di dalam bidang pembinaan rumah tetapi program makanan,” katanya.

nike tn nike tn pas cher tn pas cher air jordan air jordan pas cher jordan pas cher barbour paris barbour pas cher tiffany outlet tiffany outlet italia hogan outlet hogan outlet online scarpe hogan outlet louboutin pas cher louboutin louboutin soldes canada goose outlet canada goose outlet italia canada goose outlet online