Timbalan Naib Canselor Akademik, Prof Dr Mokhtar Abdullah (empat, kiri) selepas menyempurnakan majlis menandatangani MoU dan MoA bersama wakil industri

MoA diadakan melibatkan UNISEL bersama DNS Venture Sdn Bhd dan Bostani Technology Sdn Bhd manakala MoU pula bersama dengan Teamwork Allgain sdn bhd dan APFT Maintenance  Training Berhad.

Peranan industri sememangnya memberi impak yang besar kepada UNISEL sebagai sebuah institusi pengajian tinggi  swasta yang terulung di negara ini.

Perjanjian persefahaman yang dimeterai semalam merupakan komitmen UNISEL dan juga empat jaringan industri yang terlibat  untuk bekerjasama dalam pelbagai bidang seperti penyelidikan, penghasilan produk, perkongsian sumber,  latihan pelajar dan pelbagai bidang lain yang bakal diterokai, yang memberi manfaat kepada kedua-dua belah pihak.

Kerjasama antara UNISEL dan empat jaringan industri ini telah sedia terjalin melalui beberapa program yang dilaksanakan antaranya penghasilan produk airys-Air Electrolyser, teknologi hijau dan penghasilan makanan ayam . Selain itu, pelbagai projek, pembangunan modal insan, latihan, penyelidikan pelajar dan staf UNISEL turut dijalankan.

UNISEL sentiasa memberi penekanan kepada proses penjanaan ilmu khususnya melalui penyelidikan yang dijalankan secara bersama.

Proses penjanaan ilmu ini kelak akan dapat disebarkan melalui penerbitan, pengajaran, dan jaringan industri serta masyarakat.

Sebelum ini, penyebaran ilmu banyak tertumpu kepada pengajaran dan penerbitan jurnal, kini UNISEL telah mula melihat dalam konteks yang lebih luas melalui kerjasama industri dan penghasilan produk melalui penyelidikan yang aktif seperti yang dijalankan oleh Fakulti Sains Dan Bioteknologi dan Fakulti Kejuruteraan.

UNISEL berharap MoA dan MoU ini akan dapat mengeratkan lagi hubungan antara jaringan dengan bekerjasama dalam pelbagai bidang dan perkongsian sumber.

nike tn nike tn pas cher tn pas cher air jordan air jordan pas cher jordan pas cher barbour paris barbour pas cher tiffany outlet tiffany outlet italia hogan outlet hogan outlet online scarpe hogan outlet louboutin pas cher louboutin louboutin soldes canada goose outlet canada goose outlet italia canada goose outlet online