Prof Dr Anuar (tengah) bersama Prof Madya Dr Shaharuddin sempat beramah mesra bersama MPP yang akan ke Perth Ahad ini.

Seramai 11 orang Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UNISEL Kampus Shah Alam akan ke dua buah universiti di Perth, Australia untuk menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bersama MPP di sana dalam meningkatkan hubungan kerjasama jaringan antarabangsa.

Lawatan tersebut bermula pada 30 Ogos hingga 4 September depan melibatkan Universiti Curtin dan juga Universiti Western Australia.

Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar (HEP), Prof Madya Dr Shaharuddin Badaruddin berkata, beliau berharap pelajar dapat memanfaatkan lawatan seperti ini ke tahap maksimum.

Prof Madya Dr Shaharuddin berkata, pelajar perlu mengambil kesempatan ini untuk menimba pengalaman berada di institut pengajian antarabangsa.

Menurutnya, banyak yang boleh dipelajari selain daripada mengaplikasikan kembali di UNISEL.

Selain itu, ia juga dapat menaikkan nama UNISEL di peringkat antarabangsa melalui program-program seumpama ini.

“Lawatan seperti ini dapat menimba pengalaman serta pelajaran dengan pelajar-pelajar di sana.

“Pelbagai program sudah dirangka semasa program lawatan ini diadakan antaranya MoU antara persatuan pelajar itu sendiri selain daripada bertemu dengan komuniti pelajar Malaysia di sana,” katanya semasa Majlis Pelepasan Simbolik Pelajar ke Australia sempena program ‘'International Linkage Between Selangor and Western Australia' yang turut dihadiri Naib Canselor, Prof Dr Anuar Ahmad di sini hari ini.

Lawatan tersebut mendapat peruntukan sebanyak RM18,000 daripada Kerajaan Negeri manakala UNISEL menyumbang sebanyak RM12,000.

Ia diketuai oleh Pengarah program, Nor Aishah Bee Riza, 20, pelajar Diploma Komunikasi dan Media.

nike tn nike tn pas cher tn pas cher air jordan air jordan pas cher jordan pas cher barbour paris barbour pas cher tiffany outlet tiffany outlet italia hogan outlet hogan outlet online scarpe hogan outlet louboutin pas cher louboutin louboutin soldes canada goose outlet canada goose outlet italia canada goose outlet online