Ibu bapa menanti anak mereka mendaftar

Ibu bapa menyifatkan UNISEL sebagai sebuah institut pengajian tinggi swasta (IPTS) yang bertaraf institut pengajian tinggi awam (IPTA).

Tanggapan tersebut dibuat berdasarkan kemudahan serta fasiliti yang disediakan di kedua-dua kampus UNISEL Bestari Jaya dan Shah Alam.

Ibu bapa ternyata berpuas hati dengan apa yang ada di UNISEL dan ia menjadi salah satu faktor mengapa mereka menghantar anak melanjutkan pengajian di universiti ini.

Kakitangan swasta, Sharmala Sivasamy, 56, berkata, dia menyifatkan UNISEL sebagai sebuah medan pembelajaran yang sangat bagus.

Sharmala berkata, fasiliti yang ada sangat lengkap dan ia membantu para pelajar sepanjang pembelajaran.

Malah apa yang menarik perhatiannya adalah keadaan persekitaran UNISEL Bestari Jakya yang cantic dihiasai dengan pokok-pokok serta terdapat tasik.

“Memang tiada apa yang saya nak merungut kerana semuanya baik di sini.

“Persekitarannya sememangnya sangat sesuai untuk pembelajaran,” katanya ketika ditemui mendaftarkan anaknya di Bestari Jaya di sini semalam.

Kakitangan kerajaan, Ramlee Nordin, 54, berkata, kemudahan asrama disediakan merupakan antara faktor dia mahu anaknya meneruskan pengajian ijazah di sini.

Ramlee berkata, dengan adanya asrama ia sangat memudahkan para pelajar untuk ke kuliah.

“Lagipun bila tinggal di asrama lebih selamat berbanding di luar seperti sebelum ini.

“Sekarang saya rasa lega terutama mengenai aspek keselamatan anak saya yang tinggal di dalam kampus,” katanya.

Guru, Siti Hawa Hashim, 30, berkata, dia berpuas hati kerana adiknya menetap di asrama kerana lebih menjimatkan.

Siti Hawa menyifatkan apa yang ditawarkan di UNISEL adalah teratur dan lengkap.

“Memang setaraf IPTA apa yang ada di sini dan saya sangat berpuas hati,” katanya.


SITI HAWA


RAMLEE


SHARMALA

nike tn nike tn pas cher tn pas cher air jordan air jordan pas cher jordan pas cher barbour paris barbour pas cher tiffany outlet tiffany outlet italia hogan outlet hogan outlet online scarpe hogan outlet louboutin pas cher louboutin louboutin soldes canada goose outlet canada goose outlet italia canada goose outlet online