Delegasi Jepun bersama dengan para saintis negara yang terlibat dalam projek SATREPS serta Nik Nazmi (duduk tiga, kiri) dan Naib Canselor UNISEL, Prof Dr Anuar Ahmad (duduk kiri)

Universiti Selangor (UNISEL) akan menjalankan kajian penyelidikan bersama institut pengajian tinggi (IPT) ternama Jepun berhubung sumber bio melalui Science and Technology Research Partnership for Sustainable Development (SATREPS) dengan peruntukan sebanyak USD 5 juta.

SATREPS merupakan program insiatif yang mempromosi kerjasama penyelidikan menggunakan kecanggihan sains dan teknologi Jepun. Ianya merupakan program dilaksana oleh agensi Japan Science and Technology   (JST), Japan International Cooperation (JICA) serta Japan Medical Research and Development (AMED).

Kajian penyelidikan ini juga merupakan gabungan usahasama dua lagi IPT Negara, Universiti Malaysia Terengganu (UMT) serta Universiti Putra Malaysia (UPM) bersama-sama Universiti Tokyo, Universiti Soka dan National Institute of Environment Tokyo.

SATREPS mengilhamkan ilmu baru yang berkemungkinan menjadi kunci untuk mengatasi isu-isu global seperti alam sekitar, tenaga, biosumber, kawalan bencana alam dan pengawalan penyakit berjangkit. Cadangan projek ini diterima dan mendapat anugerah geran peruntukan dari SATREPS bagi 2015 sebanyak USD5 juta  untuk dilaksanakan di Malaysia dijangka bermula tahun depan selama lima tahun.

UNISEL yang diketuai oleh Prof Dr Mohd Khushairi Mohd Rajuddin dari Fakulti Sains dan Bioteknologi akan diwakili seramai sembilan orang terdiri daripada lima pensyarah serta selebihnya pelajar.

Dianggarkan seramai 30 orang akan terlibat secara keseluruhan mewakili institusi masing-masing.

Semua institusi terlibat projek SATREPS perlu melalui pelbagai persediaan termasuk melengkapkan tatacara dan aturcara penyelidikan serta makmal sedia ada di universiti masing-masing. Agensi sains dan teknologi serta SATREPS Jepun akan melakukan pemeriksaan untuk memastikan ia memenuhi piawaian sebelum penyelidikan dapat dimulakan.

UNISEL secara langsung perlu melengkapkan makmal sedia adanya iaitu LaMBO (Laboratory for Marine Bio-Optical Observation) yang terletak di Fakulti Sains dan Bioteknologi di Kampus Bestari Jaya.

Mesyuarat teknikal bagi kajian di Malaysia dijalankan hari ini melibatkan tujuh pakar dari Jepun di Hotel Concorde, Shah Alam.

Turut hadir mengalu-alukan kehadiran semua saintis yang bermesyuarat pada hari ini ialah Exco Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains, Teknologi dan Inovasi, Nik Nazmi Nik Ahmad.

Beliau meluangkan masa hampir 2 jam berkongsi pandangan serta cadangan dengan semua saintis yang terlibat.

SATREPS sebelum ini juga menganugerahkan geran kepada saintis-saintis dari pelbagai negara yang disifatkan mampu melaksanakan aspirasi badan tersebut seperti Chile, Brazil, Argentina, Afrika Selatan, Ghana, Kenya, Turki, Afghanistan, India, Thailand, Filipina, Mexico, Colombia, dan lain-lain.

nike tn nike tn pas cher tn pas cher air jordan air jordan pas cher jordan pas cher barbour paris barbour pas cher tiffany outlet tiffany outlet italia hogan outlet hogan outlet online scarpe hogan outlet louboutin pas cher louboutin louboutin soldes canada goose outlet canada goose outlet italia canada goose outlet online