Prof Dr Anuar (dua, kanan) bersama Prof Dr Shaharuddin (kanan) menyerahkan bendera sebagai simbolik

Tiga wakil Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UNISEL diberi pendedahan untuk menimba pengalaman berharga apabila bakal menyertai 6th University Scholars Leadership Symposium yang diadakan di Universiti Politeknik, Hong Kong Popada 1 hingga 7 Ogos depan.

Ini merupakan julung kalinya UNISEL menghantar wakil untuk menyertai simposium yang menghimpunkan pelajar serta pemimpin pelajar di seluruh Asia.

Peluang menyertai simposium yang diibaratkan sebagai ‘Parlimen Asia’ itu perlu digunakan sebaik mungkin oleh Yang Dipertua MPP, Mohamad Arif Zaki Ali, 22, Naibnya, Mohammad Faiz Madon, 21 serta Setiausaha Agung, Nur Izzati Haziqah Alias, 21.

UNISEL merupakan antara 10 Institut Pengajian Tinggi di seluruh negara yang menyertai simposium ini.

Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar (HEP), Prof Dr Shaharuddin Badaruddin berkata, program seumpama ini mampu melebarkan lagi jaringan antarabangsa UNISEL kerana selama ini hanya bergerak di sekitar Asia Tenggara sahaja.

Prof Dr Shaharuddin yang juga merupakan ketua delegasi berkata, perkara yang akan dibincangan di dalam simposium berkenaan adalah mengenai isu kemanusiaan, urus tadbir kerajaan yang baik serta alam sekitar.

Menurutnya, para pelajar dapat bertukar-tukar pendapat sesama mereka ketika berada di sana selain melihat sistem universiti berkenaan yang diiktiraf antara 10 terbaik di Asia.

“Dengan adanya simposium seperti ini ia ternyata beri pendedahan kepada pelajar.

“Simposium ini bukan sekadar makan angin tetapi medan untuk mereka berbincang di kalangan pemimpin selain mengasah kepimpinan mereka,” katanya pada sidang media Majlis Pelepasan MPP Menyertai Simposium di Hong Kong di Kampus Shah Alam di sini hari ini.

Turut hadir Presiden yang juga Naib Canselor UNISEL, Prof Dr Anuar Ahmad.

Prof Dr Shaharuddin menjelaskan bahawa penghantaran pelajar UNISEL ini adalah dibiayai oleh Kerajaan Negeri sebanyak RM10,000 manakala baki RM4,000 ditanggung universiti.

Kerajaan Negeri melalui Exco Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains dan Teknologi dan Inovasi, Nik Nazmi Nik Ahmad menyokong penuh usaha ini.


Mohamad Arif Zaki ketika berucap di majlis simbolik pelepasan.

nike tn nike tn pas cher tn pas cher air jordan air jordan pas cher jordan pas cher barbour paris barbour pas cher tiffany outlet tiffany outlet italia hogan outlet hogan outlet online scarpe hogan outlet louboutin pas cher louboutin louboutin soldes canada goose outlet canada goose outlet italia canada goose outlet online