Prof Dr Anuar (kiri) semasa melawat Mohd Azreen di rumahnya

Dua bekas kakitangan UNISEL, Mohd Azreen Herman, 36 serta Saimah Mokhtar, 56, menerima sejumlah cek gratuiti selepas bersara awal.

Kedua-duanya yang masing-masing berhenti berkhidmat pada Mac dan April lalu berbuat demikian kerana faktor kesihatan.

Untuk itu, mereka diberikan gratuiti sebagai penghargaan serta bagi meringankan beban dihadapi.

Difahamkan Mohd Azreen sudah berkhidmat hampir 8 tahun manakala Saimah 10 tahun.

Gratuiti ini merupakan penghargaan atas khidmat bakti mereka di UNISEL.

Mohd Azreen kini masih terlantar sakit di rumahnya apabila dimasukkan ke hospital tahun lalu akibat ruptured cerebral aneurysm.

Bagaimanapun selepas setahun keadaannya kini beransur pulih menunjukkan peningkatan.

Ini dapat dilihat apabila dia kini sudah mampu memberi respon apabila ditegur.

Azreen juga kini sudah mula dapat mengecam ahli keluarga mahupun rakan-rakannya.

Dalam kunjungan Presiden dan juga Naib Canselor UNISEL, Prof Dr Anuar Ahmad serta pengurusan kanan lain, Mohd Azreen tersenyum serta memberi reaksi balas dengan menunjukkan simbol ‘okay’.

Beberapa rakan sekerja yang turut mengunjungi Mohd Azreen sempat bergurau bersamanya.


Prof Dr Anuar menyampaikan cek gratuiti kepada Saimah

nike tn nike tn pas cher tn pas cher air jordan air jordan pas cher jordan pas cher barbour paris barbour pas cher tiffany outlet tiffany outlet italia hogan outlet hogan outlet online scarpe hogan outlet louboutin pas cher louboutin louboutin soldes canada goose outlet canada goose outlet italia canada goose outlet online