Nik Nazmi (kanan) ketika mengumumkan bonus sebulan gaji sempena hari raya sambil disaksikan oleh Prof Dr Anuar

Kakitangan UNISEL menerima berita menggembirakan apabila diumumkan bonus sebulan gaji oleh Kerajaan Negeri.

Pemberian Imbuhan Tahunan Sempena Hari Raya Aidilfitri 2015 itu diumumkan oleh Exco Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains dan Teknologi dan Inovasi, Nik Nazmi Nik Ahmad hari ini.

Nik Nazmi berkata, Kerajaan Negeri meluluskan peruntukan sebanyak RM2.7 juta bagi melaksanakan pemberian imbuhan tersebut.

Menurutnya, ia adalah susulan pengumuman yang dibuat oleh Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali kepada semua penjawat awam di Selangor baru-baru ini.

“Ia bertujuan menghargai khidmat kesemua kakitangan UNISEL di samping memberi motivasi dan meningkatkan semangat kerja warga universiti,” katanya pada sidang media yang diadakan di Kampus Shah Alam.

Turut hadir Presiden yang juga Naib Canselor UNISEL, Prof Dr Anuar Ahmad serta pengurusan kanan universiti.

Prof Dr Anuar menyambut baik pengumuman tersebut serta mengucapkan ribuan terima kasih mewakili universiti.

Menurutnya, imbuhan seperti tersebut adalah sangat bermakna di dalam keadaan situasi semasa di mana kenaikan harga barang serta minyak.

Ia juga dapat membantu mengurangkan beban kakitangan UNISEL.

nike tn nike tn pas cher tn pas cher air jordan air jordan pas cher jordan pas cher barbour paris barbour pas cher tiffany outlet tiffany outlet italia hogan outlet hogan outlet online scarpe hogan outlet louboutin pas cher louboutin louboutin soldes canada goose outlet canada goose outlet italia canada goose outlet online