Datuk Dr Seri Wan Azizah sedang berucap

Siri Dialog Darul Ehsan bertajuk PRK Permatang Pauh dan Masa Depan Politik Negara di Kampus Shah Alam, UNISEL semalam menyaksikan kehadiran Ketua Pembangkang, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.

Beliau yang dijemput untuk berdialog bersama Pengarah UMcedel Universiti Malaya  (UM), Timbalan Pengerusi Institut Darul Ehsan (IDE), Prof Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman serta Dr Hamdan Mohammad Salleh mewakili UNISEL.

Dialog tersebut mengupas kembali faktor kejayaan Datuk Seri Wan Azizah yang juga merupakan Presiden PKR mempertahankan kerusi disandang suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini.

Malah pembentang lain turut berkongsi hasil kajian dan penyelidikan berdasarkan keputusan PRK Permatang Pauh lalu.

Pelbagai analisis berdasarkan pelbagai aspek dijalankan untuk melihat trend pengundi di kawasan tersebut.

Ia meliputi pelbagai isu terkini termasuk 1MDB, Datuk Seri Anwar yang ditahan di penjara dan sebagainya.

Sambutan menggalakkan apabila kira-kira hampir 100 peserta hadir menyaksikan dialog yang diadakan kira-kira 3 jam itu.

Ia turut dihadiri oleh Presiden dan Naib Canselor UNISEL, Prof Dr Anuar Ahmad.


Datuk Dr Seri Wan Azizah (tengah) bersama Prof Datuk Dr Mohammad Redzuan (tiga, kiri)

nike tn nike tn pas cher tn pas cher air jordan air jordan pas cher jordan pas cher barbour paris barbour pas cher tiffany outlet tiffany outlet italia hogan outlet hogan outlet online scarpe hogan outlet louboutin pas cher louboutin louboutin soldes canada goose outlet canada goose outlet italia canada goose outlet online