Prof Dr Anuar (duduk, tengah) serta Prof Madya Mohd Noor Azhar (empat, kanan) bersama para peserta selepas selesai bengkel.

Bagi mencari bakat baru untuk memantapkan seni budaya di UNISEL, Pusat Seni Budaya mengadakan Bengkel Kemahiran dan Pemantapan Seni Persembahan 2015 pada Jumaat hingga Sabtu lalu di A Famosa Resort, Melaka.

Ia diadakan bertujuan untuk mencungkil bakat terpendam di kalangan kakitangan UNISEL.

Bukan sahaja untuk mengetengahkan bakat baru namun untuk melatih mereka yang sudah menceburi bidang ini.

Pengarahnya, Prof Madya Mohd Noor Azhar Yusof berkata, seramai 30 kakitangan termasuk dua pelatih yang dijemput dari luar menyertai kursus yang kali pertama diadakan.

Menurutnya, beliau tidak menyangka kursus kali ini mendapat sambutan memberangsangkan berdasarkan respon terima sepanjang ia dijalankan.

“Saya lihat respon sangat positif apabila semua peserta bersungguh-sungguh untuk belajar berdasarkan minat masing-masing.

“Bukan itu sahaja saya juga dapat reaksi daripada kakitangan lain yang menyatakan minat untuk menyertai kursus ini pada masa akan datang,” katanya.

Prof Madya Mohd Noor Azhar berkata, beliau mensasarkan untuk mengadakan bengkel ini lima kali setahun.

Menurutnya, dengan adanya bengkel seperti ini, pihaknya dapat mengenal pasti mereka yang berbakat untuk diketengahkan.

“Mereka yang berbakat boleh kita ketengahkan untuk terlibat dengan aktiviti-aktiviti seni.

“Malah ini dapat memantapkan lagi seni budaya di universiti ini,” katanya.

Dalam bengkel tersebut, peserta dibahagikan mengikut kumpulan berdasarkan alatan muzik yang disediakan.

Mereka turut mengadakan persembahan pada hari terakhir.

Bengkel tersebut dirasmikan oleh Naib Presiden, Prof Madya Dr Shaharuddin Badaruddin manakala penutup disempurnakan oleh Presiden, Prof Dr Anuar Ahmad.


Kesemua peserta menunjukkan komitmen yang tinggi semasa bengkel diadakan


Kesemua peserta menunjukkan komitmen yang tinggi semasa bengkel diadakan


Kesemua peserta menunjukkan komitmen yang tinggi semasa bengkel diadakan


Kesemua peserta menunjukkan komitmen yang tinggi semasa bengkel diadakan

nike tn nike tn pas cher tn pas cher air jordan air jordan pas cher jordan pas cher barbour paris barbour pas cher tiffany outlet tiffany outlet italia hogan outlet hogan outlet online scarpe hogan outlet louboutin pas cher louboutin louboutin soldes canada goose outlet canada goose outlet italia canada goose outlet online