Faudzi (kiri), Dr Suziyanti dan Dr Mohd Fahmi membanggakan UNISEL selepas menerima sijil pengiktirafan tersebut.

Seramai tiga pensyarah Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat (FSKTM) menerima sijil pengiktirafan membanggakan apabila dipilih sebagai finalis National Outstanding Educator Award 2015.

Ketiga-tiga pensyarah tersebut adalah Dr Suziyanti Marjudi, Dr Mohd Fahmi Amran dan Faudzi Ahmad.

Kejayaan membanggakan ini sekaligus menaikkan nama UNISEL untuk semakin dikenali di seluruh negara.

Ia juga diharap dapat dijadikan pembakar semangat buat seluruh warga UNISEL dalam mencapai kejayaan di dalam pelbagai bidang.

Program anjuran Koperasi Pendidikan Swasta Malaysia Berhad itu menyaksikan seramai kira-kira 30 finalis dipilih manakala 18 dipilih sebagai pemenang pelbagai kategori yang dipertandingkan semalam.

Ia adalah sebagai usaha meraikan para pendidik institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) di seluruh negara sempena hari guru pada Sabtu lalu.

Seramai 250 wakil daripada pelbagai IPTS menghadiri majlis yang diadakan Kirkby International College semalam.

Turut hadir adalah Timbalan Menteri Pendidikan II, P Kamalanathan.

nike tn nike tn pas cher tn pas cher air jordan air jordan pas cher jordan pas cher barbour paris barbour pas cher tiffany outlet tiffany outlet italia hogan outlet hogan outlet online scarpe hogan outlet louboutin pas cher louboutin louboutin soldes canada goose outlet canada goose outlet italia canada goose outlet online