Prof Dr Anuar (kiri) menandatangani MoU bersama Prof Dr Yunus sambil disaksikan pengurusan kanan serta sebahagiaan dekan-dekan UNISEL.

Universiti Canik Basari merupakan institusi pengajian tinggi keempat Turki  memilih untuk menjalinkan kerjasama dengan UNISEL selepas menandatangani memorandum persefahaman (MoU) di Kampus Shah Alam di sini semalam.

MoU tersebut diadakan bagi menjalinkan kerjasama pendidikan antara kedua-dua universiti.

Naib Canselor, Prof Dr Anuar Ahmad berkata, MoU seperti ini bakal memberi manfaat besar untuk kedua-dua universiti di dalam pendidikan.

Antara intipati MoU tersebut adalah melibatkan program pertukaran pelajar serta kakitangan.

Malah kedua-dua universiti juga merancang untuk menjalankan penyelidikan serta kajian bersama.

“Kita juga difahamkan mereka berminat untuk menawarkan pekerjaan kepada graduan kita bagi jangka masa panjang.

“Program pertukaran pelajar dan kakitangan ini akan bermula sebaik sahaja semua berjalan dengan lancar,” katanya selepas menandatangani MoU tersebut bersama Rektor Universiti Canik Basari, Prof Dr Yunus Bekdemir.

Turut hadir, Dekan Fakulti Komunikasi dan Media, Prof Dr Azmuddin Ibrahim.

Menurutnya, faktor reputasi UNISEL di Turki turut memainkan peranan mengapa universiti tersebut mahu menjalin kerjasama.

Sebelum ini Universiti Suleyman Demirel, Universiti Attaturk dan Universiti Zirve sudah menandatangani MoU bersama UNISEL.


Prof Dr Anuar bersama Prof Dr Yunus selepas menandatangani MoU berkenaan.

nike tn nike tn pas cher tn pas cher air jordan air jordan pas cher jordan pas cher barbour paris barbour pas cher tiffany outlet tiffany outlet italia hogan outlet hogan outlet online scarpe hogan outlet louboutin pas cher louboutin louboutin soldes canada goose outlet canada goose outlet italia canada goose outlet online