Prof Madya Dr Shaharuddin melawat pameran diadakan pelajar

Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat mengadakan Final Year Project ExhibIT 2015 bagi member pendedahan kepada para pelajar tahun akhir menghadapi alam pekerjaan.

Program tersebut juga bertujuan bagi meningkatkan kualiti projek tahun akhir para pelajar.

Ia bagi menyuntik motivasi para pelajar untuk menyiapkan projek pada waktu ditetapkan.

Dekan fakulti, Dr Raja Mohd Tariqi Raja Lope Ahmad berkata, ExhibIT 2015 merupakan penilaian projek tahun akhir pelajar fakulti dan platform bagi mempromosikan UNISEL kepada 500 pelajar sekolah dan politeknik.

“Melalui program seperti ini, para pelajar dapat didedahkan mengenai cabaran yang akan dihadapi kelak semasa memasuki alam pekerjaan.

“Ia juga sebagai persiapan untuk mereka merasai pengalaman melakukan projek seperti ini,” katanya di Dewan Canselor, Kampus Bestari Jaya hari ini yang dirasmikan oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan juga Naib Presiden UNISEL, Prof Madya Dr Shaharuddin Badaruddin.

Beliau turut menyampaikan hadiah kepada para pemenang pertandingan produk yang diadakan oleh fakulti.

Prof Madya Dr Shaharuddin berkesempatan mengadakan lawatan di pameran yang diadakan oleh para pelajar.

Dalam pada itu, ceramah turut diadakan oleh Penyampai Radio IKIM, Luqman Hakim.


Antara peserta program tersebut

nike tn nike tn pas cher tn pas cher air jordan air jordan pas cher jordan pas cher barbour paris barbour pas cher tiffany outlet tiffany outlet italia hogan outlet hogan outlet online scarpe hogan outlet louboutin pas cher louboutin louboutin soldes canada goose outlet canada goose outlet italia canada goose outlet online