Prof Dr Anuar mencangkul bagi menanam pokok

Menyedari kepentingan mengenai penjagaan alam sekitar, Fakulti Bioperubatan dan Sains Kesihatan mengambil inisiatif menjalankan program Penanaman Pokok di kawasan parkir UNISEL Kampus Shah Alam.

Sebanyak 33 pokok terdiri daripada mangga, nangka, rambutan dan hiasan ditanam di situ. Ia merupakan sumbangan daripada Jabatan Pertanian Selangor, syarikat-syarikat dan Unit Perancang Ekonomi Selangor yang menyumbang sebanyak RM3,000.

Malah ada yang memberi sumbangan dalam bentuk peralatan. Program ini dilaksanakan bagi mewujudkan persekitaran yang bersih serta nyaman di kawasan kampus. Ia juga bagi memberi keselesaan di samping dapat menambah oksigen.

Pokok-pokok tersebut dijangka mengambil masa kira-kira setahun setengah untuk membesar. Program tersebut dirasmikan oleh Naib Canselor dan juga Presiden, Prof Dr Anuar Ahmad semalam.


Antara pokok yang ditanam

nike tn nike tn pas cher tn pas cher air jordan air jordan pas cher jordan pas cher barbour paris barbour pas cher tiffany outlet tiffany outlet italia hogan outlet hogan outlet online scarpe hogan outlet louboutin pas cher louboutin louboutin soldes canada goose outlet canada goose outlet italia canada goose outlet online