Tanggal 7 Feb 2014, detik bersejarah bagi sejumlah 25 orang pelajar UNISEL daripada program Ijazah Sarjana Muda Sains Makmal Perubatan (Kepujian), Diploma Teknologi Makmal Perubatan, Diploma Fisioterapi, Diploma Kesihatan Persekitaran dan Diploma Pengimejan Perubatankerana telah menerima sijil anugerah Dekan.Majlis anjuran Fakulti Bioperubatan dan Sains Kesihatan (FBSK) yang telah berlangsung di Dewan Pro-Canselor, Unisel Kampus Shah Alam seawal jam 9.00 pagi ini adalah sebagai tanda penghargaan pengurusan fakulti kepada mereka yang telah menunjukkan prestasi cemerlang di dalam peperiksaan akhir pada setiap semester. Pengiktirafan anugerah dekan ini adalah berdasarkan minima 12 jumlah jam kredit yang didaftarkan serta lulus peperiksaan pada semester tertentu dengan keputusan Purata Nilai Gred (PNG/GPA) adalah 3.50 dan ke atas sepertimana yang ditetapkan oleh pihak Universiti.

Majlis yang berlangsung secara sederhana ini telah dihadiri oleh jemputan khas, Encik Ahmad Zabri bin Mohd Yaman, Ketua Pegawai Kewangan UNISEL; Prof. Madya Dr. Mohd Nazil Bin Salleh, Dekan Fakulti Bioperubatan & Sains Kesihatan; Encik Hasril Bin Abu Hassan, Ketua Komunikasi Korporat UNISEL serta Encik Mohd Sharikh Dali Bin Mahad, Timbalan Dekan Fakulti Bioperubatan & Sains Kesihatan. Dianggarakan seramai 400 orang jemputan hadir memenuhi majlis termasuk ibubapa pelajar yang diundang khas.Semoga kejayaan mereka ini semua menyuntik semangat baru kepada pelajar-pelajar lain untuk sama-sama mengejar kejayaan sekaligus mengharumkan nama Fakulti.

Prof. Madya Dr. Mohd Nazil, dalam ucapan aluan beliau,mengharapkan semua pelajar selepas ini dapat bekerja keras bukan sahaja berjaya mencapai kejayaan dalam akademik malah juga sahsiah diri dan akhlak yang baik. Dalam pada itu, beliau juga turut melancarkan ‘Hari Pemakaian Baju Korporat’ program pada setiap hari Rabu bertujuan memperkenalkan dan seterusnya mengalakkan siswa/i FBSK untuk menunjukkan etika pemakaian yang professional memandangkan para pelajar diwajibkan untuk memakai pakaian uniform ketika menjalani latihan praktikal. Manakala Encik Ahmad Zabrisewaktu merasmikan majlis turut mengucapkan tahniah kepada semua penerima anugerah sambil mengharapkan agar kakitangan akademik warga fakulti jugasentiasa sedia berkhidmat dengan cemerlang, ikhlas dalam mendidik sekaligus dapat meningkatkan mutu kerja yang lebih meningkat selepas ini dengan peningkatan kejayaan pelajar dengan lebih baik.

Dalam majlis yang sama juga, turut berlangsung acara penyerahan “surface” kepada pelajar HS403- Ijazah Sarjana Muda Sains Makmal Perubatan (kepujian) – secara separuh masa [Kementerian Kesihatan Malaysia-KKM]. Program ini merupakan projek perintis di UNISEL dalam menggunakan kaedah e-learning sebagai medium pengajaran dan pembelajaran dengan pecahan 40% (online) dan 60% (kehadiran kuliah) memandangkan program ini adalah mod separuh masa.Kuliah dijalankan pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad dengan enam (6) kali perjumpaan bagi satu semester (14 minggu).Pihak UNISEL telah melancarkan program e-learning yang dinamakan Moodle eLearning (URL: http://dev.ulms.unisel.edu.my).Oleh yang demikian, penyerahan surface  ini bertujuan agar proses pertemuan bagi sesi kuliah dapat digunakan sepenuhnya.  Penilaian pelajar contohnya kuiz dapat dilakukan secara online.  Moodle eLearning juga memberikan kemudahan lain seperti nota-nota, pelan pengajian, forum dan lain-lain lagi.

nike tn nike tn pas cher tn pas cher air jordan air jordan pas cher jordan pas cher barbour paris barbour pas cher tiffany outlet tiffany outlet italia hogan outlet hogan outlet online scarpe hogan outlet louboutin pas cher louboutin louboutin soldes canada goose outlet canada goose outlet italia canada goose outlet online