Prof Dr Anuar sedang berucap

Kerjasama berpasukan adalah amat penting bagi memastikan sesebuah organisasi mencapai kejayaan.

Naib Canselor dan juga Presiden UNISEL, Prof Dr Anuar Ahmad menyifatkan kerjasama berpasukan merupakan elemen penting untuk mencapai kecemerlangan serta objektif yang disasarkan.

Prof Dr Anuar berkata, ia merupakan kunci kepada hubungan kerja yang baik di kalangan sesama kakitangan.

Beliau turut mengingatkan bahawa kejujuran adalah sangat penting di dalam bekerja.

“Kerjasama berpasukan sangat penting agar kita dapat saling memahami antara satu sama lain bagi memastikan segala kerja dapat dilaksanakan dengan efektif.

“Kejujuran juga penting bagi memastikan kerja dapat dilakukan,” katanya semasa berucap sempena perhimpunan bulanan di Kampus Shah Alam di sini semalam.

Dalam perhimpunan tersebut, beliau turut dikejutkan oleh seluruh warga UNISEL yang meraikan hari jadinya dengan menyanyikan lagu serta mendoakannya.

Prof Dr Anuar berkata, sekiranya mempunyai masalah di dalam organisasi ianya perlu ditangani dengan bijak.

Ini kerana ia sering melibatkan emosi dan jika gagal ditangani ia boleh menyebabkan kepada perpecahan sesama sendiri.

“Saya amati pelbagai krisis melanda kita dan kita tergugat bukan kerana musuh tetapi kerana kita lemah sebab tidak dalam semua hal kita sependapat.

“Tapi jika kita berpegang teguh kepada semangat berpasukan kita boleh selesaikan masalah itu bersama,” katanya.


Kakitangan mendengar amanat disampaikan oleh Prof Dr Anuar

nike tn nike tn pas cher tn pas cher air jordan air jordan pas cher jordan pas cher barbour paris barbour pas cher tiffany outlet tiffany outlet italia hogan outlet hogan outlet online scarpe hogan outlet louboutin pas cher louboutin louboutin soldes canada goose outlet canada goose outlet italia canada goose outlet online