Prof Dr Anuar melepaskan para peserta

UNISEL menganjurkan larian amal UNISEL Fund Run 2015 sebagai usaha membantu rumah anak yatim serta orang tua di sini semalam.

Larian sejauh lima kilometer di sekitar bandar raya ini dibahagikan kepada empat kategori yang iaitu terbuka lelaki dan wanita serta bawah 17 tahun untuk lelaki dan wanita.

Program ini ternyata mendapat sambutan apabila seramai hampir 1,000 peserta menyertainya.

Ia merupakan program amal berbentuk larian yang pertama diadakan oleh Fakulti Komunikasi dan Media.

UNISEL sering mengadakan pelbagai program amal dalam usaha membantu golongan yang memerlukan.

Ia juga merupakan sebahagian usaha universiti dalam mewujudkan kesedaran di kalangan para pelajar mengenai sikap saling bantu-membantu selain kepentingan menjaga kesihatan melalui aktiviti senaman.

Program ini bermula pada jam 7 pagi apabila Naib Canselor yang merupakan Presiden UNISEL, Prof Dr Anuar Ahmad melepaskan para peserta disaksikan oleh Dekan fakulti, Prof Dr Azmuddin Ibrahim.

Semua peserta menerima sijil manakala 50 peserta terawal menamatkan larian menerima medal.

Aktiviti  zumba dan cabutan bertuah turut diadakan bagi memeriahkan program.

Selain itu, ia diserikan lagi dengan kehadiran oleh beberapa artis tempatan terkenal antaranya Azwan Ali dan Aweera.


Para peserta memulakan larian


Para peserta melakukan aktiviti zumba beramai-ramai

nike tn nike tn pas cher tn pas cher air jordan air jordan pas cher jordan pas cher barbour paris barbour pas cher tiffany outlet tiffany outlet italia hogan outlet hogan outlet online scarpe hogan outlet louboutin pas cher louboutin louboutin soldes canada goose outlet canada goose outlet italia canada goose outlet online