Delegasi UNISEL serta Kerajaan Negeri bersama dengan wakil Universiti Petra, Jordan

UNISEL meneruskan kerjasama bersama Universiti Petra, Jordan dengan mengadakan pembaharuan memorandum perjanjian persefahaman (MoU) selepas ianya tamat tiga tahun.

MoU ini ditandatangani bagi meneruskan kerjasama di dalam pendidikan melibatkan program pertukaran pelajar, pensyarah serta kajian dan penyelidikan.

MoU tersebut diadakan baru-baru ini sempena lawatan kerja selama tiga hari Exco Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains, Teknologi dan Inovasi, Nik Nazmi Nik Ahmad bersama Naib Canselor yang juga merupakan Presiden UNISEL, Prof Dr Anuar Ahmad dan Pengarah Institut Bio-IT Selangor, Prof (E) Datuk Dr Abdul Latif Ibrahim.

Dalam pada itu, UNISEL turut mengadakan MoU bersama sebuah lagi institusi pengajian tinggi terkemuka iaitu Universiti Jordan.

Delegasi itu kemudian turut berkesempatan melawat para pelajar Selangor yang sedang menuntut di Jordan kira-kira seramai 400 orang.


Prof Dr Anuar menandatangani MoU bersama Presiden Universiti Petra, Dr Adnan Badran, bekas PM Jordan

nike tn nike tn pas cher tn pas cher air jordan air jordan pas cher jordan pas cher barbour paris barbour pas cher tiffany outlet tiffany outlet italia hogan outlet hogan outlet online scarpe hogan outlet louboutin pas cher louboutin louboutin soldes canada goose outlet canada goose outlet italia canada goose outlet online