Kesemua pemenang bersama dengan Prof Madya Dr Shaharuddin (empat, kanan)

Buat julung kalinya, dalam mencari bakat di kalangan warganya, universiti ini menganjurkan pertandingan UNISEL Got Talent 2015 (UGT 2015) di Dewan Canselor Kampus Bestari Jaya pada 3 April lalu.

Pertandingan anjuran Pusat Seni Budaya UNISEL itu bertujuan untuk mengetengahkan bakat-bakat yang ada di kalangan sama ada pelajar mahupun kakitangan .

Ia bermula dengan peringkat saringan yang dijalankan di kedua-dua kampus termasuk Shah Alam dengan penyertaan seramai 29 yang terdiri daripada kumpulan serta solo.

12 finalis terpilih untuk bertanding merebut kejuaraan dengan mempertaruhkan bakat nyanyian, bermain alat muzik serta tarian.

Kesemua peserta menampilkan persembahan yang dinamik dan kreatif bagi menambat hati juri serta kira-kira 1,000 penonton.

Juri-juri yang mengadili pertandingan tersebut terdiri daripada guru muzik, wakil industri hiburan dan juruhebah radio Muzik FM yang kebetulan merupakan alumni UNISEL.

Nurul Fatihah Wadihah Mat Sharif yang mendendangkan lagu Azie – Kau Tetap Dalam Anganku berjaya bergelar juara.

Naib juara dimenangi oleh Nina Pelez and The Boys Band manakala Ismail Azren Al-Bakri Ishar mendapat tempat ketiga.

Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar, Prof Madya Dr Shaharuddin Badaruddin menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

Program tajaan Adun Ijok, Dr Idris Ahmad turut dihadiri oleh Timbalan Pendaftar Hal Ehwal Pelajar Zulfikri Mohd Kamil, Penasihat UGT 2015 yang juga merupakan Pengarah Pusat Seni Budaya, Prof Madya Mohd Noor Azhar Yusof.

Lebih mengejutkan, DJ Aliff menawarkan peluang keemasan buat kesemua pemenang untuk bersantai bersama Najwa latif di dalam sebuah program radio tersebut.

Dalam pada itu, Pengarah UGT 2015, Mohd Fadly Abd Malek menyatakan bahawa program tersebut akan dijadikan sebagai acara tahunan.

“Kita akan jadikan UGT ini sebagai program tahunan yang dinanti-nantikan oleh semua warga UNISEL.

“Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua peserta terutama pemenang dan krew terlibat menjayakan program ini,” katanya.


Kesemua peserta yang bertanding mempamerkan persembahan memberangsangkan.


Pemenang tempat kedua, Nina Pelez and The Boys Band yang menampilkan persembahan bertenaga.

nike tn nike tn pas cher tn pas cher air jordan air jordan pas cher jordan pas cher barbour paris barbour pas cher tiffany outlet tiffany outlet italia hogan outlet hogan outlet online scarpe hogan outlet louboutin pas cher louboutin louboutin soldes canada goose outlet canada goose outlet italia canada goose outlet online