Prof Dr Mohd Nor mewakili Prof Dr Anuar menerima anugerah tersebut

Ketokohan serta kepimpinan cemerlang Naib Canselor dan Presiden UNISEL, Prof Dr Anuar Ahmad dalam bidang pendidikan diberi pengiktirafan apabila dianugerahkan ‘Award for Outstanding Contribution to Education’ oleh The Golden Globe Tigers  Award 2015.

Lebih membanggakan Prof Dr Anuar antara beberapa tokoh bidang pendidikan dari beberapa institut pengajian tinggi (IPT) yang diberi pengiktirafan dalam majlis anugerah yang diadakan buat kali kedua di negara ini.

Prof Dr Anuar merupakan antara 132 pemimpin dari 32 negara yang diberi pengiktirafan dalam pelbagai bidang. Anugerah yang diadakan di Prince Hotel and Residence, Kuala Lumpur hari ini adalah bagi memberi pengiktirafan kepada individu yang dilihat berbakat besar sebagai pemimpin.

Pemilihan dibuat berdasarkan kriteria kepimpinan individu tersebut dalam sesebuah organisasi. Bukan sahaja di bidang pendidikan malah meliputi bidang perniagaan, korporat dan sebagainya.

Kepimpinan cemerlang beliau bukan sahaja sebagai pemimpin sebaliknya turut melibatkan hasil kajian penyelidikan yang dijalankannya. Tahun lalu sahaja beliau membuat penyelidikan dalam menyediakan kit halal dalam membantu memudahkan pemeriksaan produk halal di negara ini.

Prof Dr Anuar kini berada di Jordan mengikuti delegasi lawatan kerja rasmi Kerajaan Negeri Selangor bagi menjayakan perjanjian persefahaman (MoU) bersama Universiti Petra serta Universiti Jordan. Mewakili beliau menerima anugerah tersebut hari ini ialah Prof Dr Mohd Nor Nawawi, Pengarah Perancangan Strategik.

Prof Dr Anuar ketika dihubungi menyifatkan anugerah yang diterima bukan miliknya seorang sebaliknya adalah kejayaan semua pihak dalam bersama-sama membangunkan UNISEL untuk menjadi sebuah medan pengajian yang terulung di negara ini.

Menurutnya, “kejayaan tidak akan berhasil sekiranya tidak mendapat sokongan kerjasama semua pihak. Terima kasih kepada semua yang berusaha secara langsung atau pun tidak langsung bagi mencapai kecemerlangan ini. Membangunkan sebuah universiti memerlukan kerjasama utuh dan dedikasi tinggi,” katanya.

nike tn nike tn pas cher tn pas cher air jordan air jordan pas cher jordan pas cher barbour paris barbour pas cher tiffany outlet tiffany outlet italia hogan outlet hogan outlet online scarpe hogan outlet louboutin pas cher louboutin louboutin soldes canada goose outlet canada goose outlet italia canada goose outlet online