Dr Mabaphethi bersama Prof Dr Anuar semasa melihat journal

Lesotho mahu mengadakan memorandum persefahaman (MoU) bersama UNISEL pada masa akan datang.

Perkara tersebut disuarakan oleh Pesuruhjaya Tingginya, Dr Mabaphethi Moorosi-Molapo semasa mengadakan lawatan ke UNISEL bersama dengan wakil kedutaan Tanzania dan Zambia hari ini.

Dr Mabaphethi berpuas hati dengan kelengkapan fasiliti serta kemudahan yang ada di UNISEL selepas melawat kedua-dua kampus di Shah Alam dan Bestari Jaya.

Menurutnya, beliau tidak menolak kemungkinan kerjasama tersebut akan diadakan melibatkan fakulti kesihatan sebuah universiti yang ternama di Lesotho.

Katanya, beliau menyifatkan UNISEL sebagai sebuah ternama yang menepati piawaian tinggi.

“Secara amnya saya lihat UNISEL sememangnya sebuah universiti berkualiti tinggi.

“Saya bercadang untuk memaklumkan perkara ini kepada sebuah universiti terkemuka di Lesotho dan kita lihat apa yang boleh dilakukan kemudian berkemungkinan menandatangi MoU dengan Fakulti Bioperubatan dan Sains Kesihatan,” katanya selepas selesai mengadakan lawatan.

Dalam lawatan tersebut, Naib Canselor dan Presiden UNISEL, Prof Dr Anuar Ahmad turut mengadakan penerangan ringkas kepada wakil kedutaan tersebut.

Dr Mabaphethi berkata, kerjasama tersebut mungkin bukan sahaja melibatkan pertukaran para pelajar namun kakitangan juga.

Ia bagi mendedahkan pelajar serta kakitangan dengan pengalaman berada di luar negara.

Malah beliau juga berharap kerjasama melibatkan kajian dan penyelidikan dapat dijalankan pada masa akan datang.


Prof Dr Anuar (dua, kanan) menerangkan kepada wakil-wakil kedutaan semasa lawatan tersebut


Dr Mabaphethi sempat membuat ujian darah di Pusat Klinikal Diagnostik UNISEL

nike tn nike tn pas cher tn pas cher air jordan air jordan pas cher jordan pas cher barbour paris barbour pas cher tiffany outlet tiffany outlet italia hogan outlet hogan outlet online scarpe hogan outlet louboutin pas cher louboutin louboutin soldes canada goose outlet canada goose outlet italia canada goose outlet online