Ramai pelajar menyertai kempen derma darah kali ini

Keprihatinan terhadap mereka yang memerlukan bantuan  membuatkan Kempen Derma Darah dan UNISEL Fitness mendapat sambutan luar biasa.

Pelajar tidak putus dari pagi hingga ke petang menyertai kempen anjuran Fakulti Perniagaan  yang diadakan di Dewan Pro Canselor, Kampus Shah Alam.

Program tiga hari bermula hari ini mendapat kerjasama Hospital Tunku Ampuan Rahimah, Klang.

Bukan kali pertama UNISEL mengadakan program seumpama ini namun kali ini jelas mendapat sambutan yang amat memberangsangkan.

Tanpa mengenal warna kulit, masing-masing sudi menderma darah kerana sedar terdapat ramai insan di luar sana yang memerlukannya.

Bukan sahaja mereka yang terlibat dalam kemalangan malah pesakit demam denggi yang kini mencatatkan jumlah kes tinggi di negeri ini.

Pelajar Diploma Komunikasi, Norhazimah Sharmimi Mohd Zaki menyifatkan kempen seperti ini sangat baik dalam menyedarkan para pelajar betapa pentingkan menderma darah kerana dapat meringankan beban orang yang memerlukannnya.

Dia sendiri terasa untuk menghulurkan bantuan  kerana ingin merasai pengalaman menderma darah.

“Bagus buat kempen macam ini sebab secara tak langsung bagi kesedaran kepada kita semua.

“Ini merupakan kali pertama saya menyertai program seumpama ini kerana nak merasai pengalaman menderma darah,” katanya.

Pelajar Ijazah Pengurusan Sumber Manusia, Mohamad Faiz Madon berkata, dia berharap kempen seperti ini dapat diadakan dengan lebih kerap.

Mohamad Faiz percaya ia langkah yang baik dalam memupuk kesedaran masyarakat mengenai kepentingan menderma darah.

“Ini membuktikan para pelajar UNISEL amat prihatin mengenai perkara seperti ini dan saya sarankan ia dapat diadakan selalu,” katanya.


Sebahagian pelajar sedang menunggu giliran untuk menderma darah

nike tn nike tn pas cher tn pas cher air jordan air jordan pas cher jordan pas cher barbour paris barbour pas cher tiffany outlet tiffany outlet italia hogan outlet hogan outlet online scarpe hogan outlet louboutin pas cher louboutin louboutin soldes canada goose outlet canada goose outlet italia canada goose outlet online