Universiti Selangor turut bersimpati dengan masalah dihadapi mangsa banjir yang melanda negeri Pahang, Terengganu, Kelantan dan Johor minggu lalu. Bagi meringankan beban lebih 43,000 mangsa banjir, Persatuan Kakitangan Profesional dan Akademik (APAunisel) terpanggil untuk menyumbang pakaian terpakai dan wang tunai RM400 sumbangan kakitangan di kampus  Bestari Jaya dan Shah Alam.

Penyerahan pakaian terpakai dan wang dilakukan pada 13 Disember 2013 oleh APAunisel yang diwakili Pengarah Komunikasi Korporat Unisel, Hajah Rosniza Mohamad Rasol kepada Timbalan Pengerusi Lembaga Pengarah Karangkraf, Tuan Haji Mohd Nasir Hamzah. Turut serta ialah Setiausaha APAunisel, Dr Farahwahidah Mohd dan Penolong Pengurus Komunikasi Korporat Unisel, Encik Hasril Abu Hassan.

Penghantaran barang sumbangan Unisel ini akan dihantar oleh Karangkraf ke Kuantan, Sabtu ini, 14 Disember untuk diagihkan kepada mangsa banjir di Kuantan, Pahang. APAunisel mengucapkan ribuan terima kasih kepada kakitangan Unisel yang menyumbang moga mendapat keberkatan daripada Allah S.W.T

nike tn nike tn pas cher tn pas cher air jordan air jordan pas cher jordan pas cher barbour paris barbour pas cher tiffany outlet tiffany outlet italia hogan outlet hogan outlet online scarpe hogan outlet louboutin pas cher louboutin louboutin soldes canada goose outlet canada goose outlet italia canada goose outlet online