Sukan Antara Fakulti (SAF) 2015 Kampus Bestari Jaya,UNISEL pertama kali diadakan dengan Fakulti Pendidikan dan Sains Sosial bergelar johan selepas merangkul enam emas daripada lapan pertandingan.

Dalam kejohanan selama tiga hari bermula Jumaat lalu, ia melibatkan penyertaan 400 atlet terdiri daripada para pelajar kampus berkenaan dengan bantuan 50 pegawai serta 85 urusetia.

Ia ternyata mendapat penglibatan luar biasa daripada para pelajar apabila masing-masing berusaha bersungguh-sungguh bagi menjuarai acara dipertandingkan.

Naib Canselor dan Presiden UNISEL, Prof Dr Anuar Ahmad yang merasmikan kejohanan pada Jumaat lalu berkata, acara sukan seperti ini adalah sangat penting untuk para pelajar.

Beliau juga tidak menyangka kejohanan pertama kali ini mendapat penyertaan cukup memberangsangkan.

"Sukan bukan hanya semata-mata untuk menang sahaja tetapi bagi memastikan kesihatan terjamin.

"Otak yang cerdas adalah datangnya daripada badan yang cergas," katanya

Pusat Sukan UNISEL bercadang menjadikan kejohanan ini sebagai acara tahunan.

Ia berkemungkinan akan digabungkan dengan Kampus Shah Alam bagi memeriahkan lagi.

Tambahan pula, Prof Dr Anuar menyatakan akan menambah bajet untuk kejohanan tersebut.

Pertandingan yang diadakan bagi temasya kali ini adalah bola sepak sembilan sebelah, sepak takraw, bola jaring, futsal, badminton, ping pong dan bola tampar.

Empat fakulti lain terlibat adalah Fakulti Kejuruteraan (FOE), Fakulti Komputer Sains dan Teknologi Maklumat (FCSIT), Fakulti Sains dan Bioteknologi (FASBIO) dan Pusat Pengajian Asas dan Umum (CFGS).

FCSIT memenangi perbarisan yang diadakan.

 

Senarai pingat yang dimenangi

Fakulti Emas Perak Gangsa
FESS 6 4 5
FASBIO 2 1 1
FOE 1 1 1
FCSIT 1 5 4
CFGS 0 0 0

 

Pertandingan

BOLA SEPAK FOE
BADMINTON FESS, FESS (perempuan)
PING PONG FCSIT, FESS (perempuan)
SEPAK TAKRAW FASBIO
BOLA TAMPAR FESS, FASBIO (perempuan)
FUTSAL FESS
BOLA JARING FESS

 

nike tn nike tn pas cher tn pas cher air jordan air jordan pas cher jordan pas cher barbour paris barbour pas cher tiffany outlet tiffany outlet italia hogan outlet hogan outlet online scarpe hogan outlet louboutin pas cher louboutin louboutin soldes canada goose outlet canada goose outlet italia canada goose outlet online