Prof Dr Anuar (tiga, kiri) bersama pengurusan UNISEL serta MPP yang menerima watikah lantikan.

Mohd Arif Zaki dilantik sebagai Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) 2015/2016 bagi kedua-dua kampus Shah Alam dan Bestari Jaya bermula semalam.

Pelantikan tersebut dibuat hasil persetujuan kesemua wakil MPP yang sebulat suara memilih Mohd Arif yang merupakan pelajar Fakulti

Pendidikan dan Sains Sosial untuk meneraju MPP bagi penggal ini.

Sebelum pemilihan dibuat, mereka terlebih dahulu menjalani Kursus Induksi Kepimpinan di Kem Al Azhar, Banting, Selangor yang diadakan baru-baru ini.

Majlis tersebut dirasmikan oleh Naib Canselor dan Presiden UNISEL, Prof Dr Anuar Ahmad.

Beliau menyerahkan sijil serta surat watikah pelantikan kepada 28 MPP yang dipilih melalui pengundian pada 11 Februari lalu.

Prof Dr Anuar mengingatkan para MPP yang dipilih untuk menjalankan tugas dengan baik dalam membantu pelajar-pelajar.

Malah mereka juga diharapkan dapat memudahkan sebarang urusan melibatkan universiti serta para pelajar.

Turut hadir adalah pengurusan Hal Ehwal Pelajar (HEP), dekan serta timbalan dekan fakulti dan penolong pendaftar.

nike tn nike tn pas cher tn pas cher air jordan air jordan pas cher jordan pas cher barbour paris barbour pas cher tiffany outlet tiffany outlet italia hogan outlet hogan outlet online scarpe hogan outlet louboutin pas cher louboutin louboutin soldes canada goose outlet canada goose outlet italia canada goose outlet online