Prof Dr Anuar semasa menandatangani MoU bersama Dr Norarfan bagi mengukuhkan kerjasama antara UNISEL serta UNISSA

UNISEL menandatangani memorandum persefahaman (Mou) bersama Universiti Islam pada 9 Februari lalu dalam mewujudkan hubungan bagi program mobiliti pelajar dan kakitangan.

Dengan menandatangani MoU itu, pelbagai program kerjasama dalam bidang akademik dan bukan akademik antara kedua-dua universiti dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan.

Kedua-dua universiti juga bersetuju untuk memperluaskan program dari semasa ke semas.

MoU tersebut disempurnakan oleh Rektor UNISSA, Dr Norarfan Zainal manakala UNISEL diwakili Presiden dan Naib Canselor UNISEL, Prof Dr Anuar Ahmad.

UNISEL, sebelum ini dikenali sebagai Universiti Industri Selangor, ditubuhkan pada 23 Ogos, 1999.

Pada peringkat awal, UNISEL hanya mempunyai tiga program pengajian namun tahun lalu, sebanyak 89 kursus merangkumi hampir semua aspek disiplin saintifik telah diperkenalkan.

Dahulu hanya terdapat 300 pelajar UNISEL tetapi kini sudah boleh menampung 14,000 pelajar pada satu-satu masa.

Dr Norarfan, berkata, UNISSA akan terus komited untuk memperluaskan kerjasama strategik dengan institusi pengajian tinggi antarabangsa bagi memastikan kualiti pengurusan akademik dan universiti adalah setanding dengan universiti-universiti luar negara.

UNISSA, sejak penubuhannya pada 1 Januari 2007, melaksanakan beberapa kerjasama intensif termasuk MoU dengan universiti serantau dan antarabangsa untuk meningkatkan reputasinya di peringkat antarabangsa.

nike tn nike tn pas cher tn pas cher air jordan air jordan pas cher jordan pas cher barbour paris barbour pas cher tiffany outlet tiffany outlet italia hogan outlet hogan outlet online scarpe hogan outlet louboutin pas cher louboutin louboutin soldes canada goose outlet canada goose outlet italia canada goose outlet online