Saudara Helmy ketika memberi penerangan kepada peserta tentang cara pemasangan peralatan

Seramai 34 pelajar dari Fakulti Kejuruteraan Awam UNISEL mengikuti kursus ‘River Hydraulics Field Study’ dalam memberikan lebih banyak pendedahan kepada mereka pada 29 Januari lalu.

Kursus dianjurkan oleh Water Engineering Unit, Divisyen Kejuruteraan Awam UNISEL  itu bertempat di Bukit Tagar, Selangor.

Ia bertujuan memberi pendedahan mengenai skop kerja yang bakal dilalui oleh para pelajar selepas menamatkan pengajian dan melangkah ke alam pekerjaan.

Timbalan Dekan Sumber Fakulti Kejuruteraan, Ir Mohd Shukri Yob menyifatkan program berbentuk amali ini amat penting bagi pelajar dalam memahami ilmu diajar sama ada di dalam kuliah atau di dewan.

“Usaha seperti ini membuktikan UNISEL komited dalam menghasilkan graduan yang berkemahiran tinggi melalui pendekatan amali,” katanya.

Pengurus Water Engineering Unit, Nora Samsina berkata, UNISEL bertuah kerana memiliki tenaga pakar di dalam bidang tersebut.

Nora merujuk kepada Juruteknik di fakulti tersebut, Mohamad Helmy Ismail yang disifatkannya sebagai sangat berpengalaman.

“Beliau bersama beberapa staf UNISEL lain sudah menjalankan penyelidikan sungai dan laut selama lebih 10 tahun.

“Kepakaran mereka bukan sahaja dikagumi di negara ini malah di Indonesia yang berminat mendapatkan kepakaran mereka,” katanya.

River Hydraulic merupakan salah satu cabang dalam kejuruteraan awam yang menyediakan peluang pekerjaan yang luas kepada para pelajar.

Sepanjang program tersebut, para pelajar didedahkan mengenai kaedah mengukur kelajuan air, kedalaman air dan juga sampel lumpur menggunakan peralatan berteknologi tinggi.


Aktiviti sepanjang kursus River Hydraulic berlangsung.

nike tn nike tn pas cher tn pas cher air jordan air jordan pas cher jordan pas cher barbour paris barbour pas cher tiffany outlet tiffany outlet italia hogan outlet hogan outlet online scarpe hogan outlet louboutin pas cher louboutin louboutin soldes canada goose outlet canada goose outlet italia canada goose outlet online