Prof Dr Anuar menyodok kesan lumpur yang ada di perkarangan surau itu.

Sukarelawan Universiti Selangor (UNISEL) memulakan kerja-kerja mencuci sebuah surau serta stor perusahaan serunding di Kampung Laut, Tumpat, Kelantan hari ini.

Seawal jam 7.30 pagi semua sukarelawan sudah berkumpul untuk memulakan perjalanan ke kampung tersebut.

Setibanya di kampung itu, rombongan UNISEL disambut mesra oleh penduduk kampung.

Malah Presiden yang juga merupakan Naib Canselor UNISEL, Prof Dr Anuar Ahmad juga sudah menanti di situ untuk bersama-sama dengan sukarelawan menjalankan tugas membersihkan kawasan itu.

Keadaan di surau serta stor tersebut sememangnya dalam keadaan teruk ekoran kesan lumpur setinggi paras buku lali yang masih terdapat di situ.

Namun itu tidak mematahkan semangat para sukarelawan untuk berkhidmat membersihkan kembali kawasan tersebut.

Dengan menggunakan hanya beberapa kelengkapan yang ada, para sukarelawan bertungkus-lumus mencuci.

Mereka tambah bersemangat melihat Prof Dr Anuar serta Dekan Fakulti Perniagaan, Prof Madya Dr Mohd Fuad Mohd Salleh yang turut serta mencuci kawasan itu.

Dalam pada itu, penjaga surau tersebut, Basmah Mustapha berterima kasih kepada para sukarelawan kerana sudi membantu.

Menurutnya, sebelum ini terdapat juga beberapa kumpulan yang hadir di kampung tersebut.

Para sukarelawan UNISEL turut mencuci perkarangan rumah Basmah yang terletak bersebelahan surau itu.

“Mak cik ucap terima kasih banyak kerana tolong cuci kawasan ini,” katanya.

Kampung tersebut merupakan antara kawasan terjejas teruk semasa banjir besar melanda Kelantan tempoh hari.

Kira-kira 800 keluarga di kampung tersebut terjejas teruk selama beberapa hari.

Difahamkan air naik setinggi paras hampir dua meter.


Sukarelawan UNISEL tidak kenal erti penat lelah membersihkan surau berkenaan.


Stor perusahaan serunding yang terjejas teruk akibat kesan lumpur yang tebal.

nike tn nike tn pas cher tn pas cher air jordan air jordan pas cher jordan pas cher barbour paris barbour pas cher tiffany outlet tiffany outlet italia hogan outlet hogan outlet online scarpe hogan outlet louboutin pas cher louboutin louboutin soldes canada goose outlet canada goose outlet italia canada goose outlet online