Ketibaan sukarelawan UNISEL disambut mesra oleh Datuk Ahmad.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob memuji semangat para kakitangan serta pelajar Universiti Selangor (UNISEL) yang sanggup menghulurkan bantuan sebagai sukarelawan Ops Cuci pasca banjir di Tumpat.

Datuk Ahmad turut melahirkan rasa terharu kerana UNISEL berusaha terlibat secara langsung membantu mangsa-mangsa banjir.

Menurutnya, kedatangan rombongan seramai 32 orang yang bermula malam tadi sehingga Isnin ini sememangnya dapat membantu meringankan beban mangsa-mangsa banjir yang banyak kehilangan serta kerugian harta benda.

Selain itu rumah serta bangunan yang dinaiki air berada dalam keadaan kotor dan terjejas teruk. Dengan adanya misi seperti ini sekurang-kurangnya dapat membantu membersihkan kawasan tersebut secepat mungkin.

“Alhamdulillah UNISEL sudi membantu dengan menghantar sukarelawan untuk membersihkan rumah-rumah. Ini pastinya dapat meringankan mangsa-mangsa yang terlibat serta memberi sokongan moral,” katanya.

Kedatangan rombongan UNISEL yang menaiki satu bas disambut oleh menteri besar sendiri kira-kira jam 8 pagi di Masjid Alor Pasir, Wakaf Baru.

Beliau yang ternyata peramah dan merendah diri itu sempat meluangkan masa beramah mesra bersama para sukarelawan sebelum rombongan tersebut bergerak ke penginapan yang disediakan.

Antara kawasan yang akan dibersihkan sepanjang misi kali ini di sekitar Tumpat adalah Kampung Laut dan Pulau Besar.

Rombongan ini turut disertai oleh beberapa kakitangan Jabatan Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Peneroka Bandar.

Ia diketuai oleh Dekan Fakulti Perniagaan, Prof Madya Dr Mohd Fuad Mohd Salleh serta Adun Lembah Jaya, Khasim Abdul Aziz turut menyertai misi ini. Pejabat Menteri Besar Kelantan turut terlibat dalam memastikan misi kali ini berjalan lancar.

Perasmian ‘flag off’ disempurnakan oleh Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Peneroka Bandar, Datuk Iskandar Abdul Samad malam semalam di Gombak.


Bacaan doa sebelum memulakan perjalanan ke Tumpat.


Datuk Iskandar (dua, kanan) bersama Prof Madya Dr Mohd Fuad semasa menyempurnakan 'flag off'.


Rombongan sukarelawan UNISEL sebelum memulakan perjalanan.

nike tn nike tn pas cher tn pas cher air jordan air jordan pas cher jordan pas cher barbour paris barbour pas cher tiffany outlet tiffany outlet italia hogan outlet hogan outlet online scarpe hogan outlet louboutin pas cher louboutin louboutin soldes canada goose outlet canada goose outlet italia canada goose outlet online