Prof Dr Anuar menyarungkan kad pelajar kepada Saran yang mengetuai bacaan ikrar pelajar

Presiden Universiti Selangor (UNISEL), Prof Dr Anuar Ahmad mensasarkan semua fakulti dapat mencapai sekurang-kurangnya 20 peratus graduan yang memperoleh Anugerah Dekan.

Buat masa ini satu fakulti mencapai tahap tersebut manakala dua lagi masing-masing 19 peratus.

Beliau yang juga merupakan Naib Canselor berharap kesemua pelajar baru mendaftar dapat menamatkan pengajian dengan gred sekurang-kurangnya 3.0 ke atas.

Para pelajar dinasihatkan untuk sentiasa fokus di dalam pelajaran dalam memastikan memperoleh keputusan cemerlang.

Dalam pada itu, UNISEL bukan sahaja mahu melahirkan pelajar cemerlang tetapi mereka yang berakhlak terpuji agar dapat membantu masyarakat pada masa akan datang.

“Saya berharap semua fakulti dapat lahirkan 20 peratus graduan yang capai Anugerah Dekan semasa menamatkan pengajian nanti.

“Sekarang ada tiga yang capai prestasi sebegini dan ini boleh dipertingkatkan lagi,” katanya semasa berucap di Majlis Pengenalan Pengurusan Kanan UNISEL di Minggu Tekad Siswa Sesi Januari 2015 di Kampus Shah Alam.

Bacaan ikrar pelajar disempurnakan oleh Saran Jagadesan, 21, yang mengikuti Ijazah Sarjana Muda Perakaunan.

Majlis yang sama turut diadakan di Kampus Bestari Jaya.


Saran mebacakan ikrar pelajar dengan penuh bersemangat

nike tn nike tn pas cher tn pas cher air jordan air jordan pas cher jordan pas cher barbour paris barbour pas cher tiffany outlet tiffany outlet italia hogan outlet hogan outlet online scarpe hogan outlet louboutin pas cher louboutin louboutin soldes canada goose outlet canada goose outlet italia canada goose outlet online