Nabila, Maziatun dan Julia

Usaha Universiti Selangor (UNISEL) yang membaikpulih asrama di Kampus Bestari Jaya tahun lalu diakui ibu bapa terdapat banyak perubahan besar.

Keadaan asrama kini yang lebih kondusif ternyata menggembirakan ibu bapa yang menghantar anak-anak mendaftar masuk ke UNISEL.

Krew penghantaran, Jamaludin Johari berkata, perubahan dilakukan dalam menaiktaraf kembali asrama UNISEL ternyata mempunyai banyak perbezaan berbanding sebelum ini.

Jamaludin berkata, dia kini berasa amat gembira kerana yakin anaknya dapat belajar dalam suasana lebih selesa.

Menurutnya, asrama kini dilihat lebih cantik setelah dicat baru malah kemudahan disediakan di dalam bilik juga amat lengkap.

“Keadaan sekarang lebih bersih dan memang selesa untuk pelajar belajar di sini.

“Fasiliti pun lengkap malah kafe pun tidak jauh dari hostel,” katanya.

Pengurus, Julia Harun turut bersependapat asrama kini terdapat banyak peningkatan kerana dua anaknya sebelum ini pernah menetap di hostel.

Baginya, sememangnya asrama dahulu terdapat sedikit kekurangan namun kini dia sangat berpuas hati dengan apa yang disediakan.

“Saya lihat kemudahan di bilik juga lengkap dan baru memang tiada masalah lagi.

“Anak-anak pun gembira dengan apa yang ada kini,” katanya.

Bagi dua pelajar baru yang baru mendaftar masuk mengikuti pengajian di Fakulti Pendidikan dan Sains Sosial, Nabila Jaharudin dan Nor Maziatun Mohd Asri turut memuji keadaan asrama.

Nabila menyifatkan bukan sahaja kemudahan di dalam bilik tetapi fasiliti yang ada di dalam kampus juga serba lengkap.

“Kalau kita lihat fasiliti untuk bersukan juga ada di dalam kampus serta asrama.

“Ini membolehkan kami menjalankan aktiviti riadah,” katanya.

Nor Maziatun berkata, dia mengetahui mengenai perbezaan ketara melalui kakaknya yang sebelum ini pernah tinggal di asrama.

“Memang sudah baik pulih ini kakak beritahu nampak perbezaan sangat ketara,” katanya.


Para pelajar sedang mengemas barang-barang selepas masuk mendaftar di asrama

nike tn nike tn pas cher tn pas cher air jordan air jordan pas cher jordan pas cher barbour paris barbour pas cher tiffany outlet tiffany outlet italia hogan outlet hogan outlet online scarpe hogan outlet louboutin pas cher louboutin louboutin soldes canada goose outlet canada goose outlet italia canada goose outlet online