Umi Nurfasikhah, Muhamed Farhan dan Ahmad Radzi

Ibu bapa dan para pelajar menyambut baik usaha Universiti Selangor (UNISEL) mewajibkan kesemua pelajar di kampus Bestari Jaya untuk menetap di asrama.

Keputusan itu jelas melegakan hati terutama ibu bapa yang tidak perlu bimbang keselamatan anak masing-masing.

Ahli perniagaan, Ahmad Radzi Abdullah berkata, dia berasa lega kerana tidak perlu terlalu memikirkan keselamatan anaknya.

Ahmad Radzi berkata, asrama yang menempatkan pengawal lebih menjamin keselamatan pelajar-pelajar di dalam kampus.

"Memang baguslah semua ditempatkan di dalam asrama kerana faktor keselamatan.

"Lagipun bila dah duduk dalam lebih dekat untuk ke kelas," katanya.

Pemandu lori, Karunakaran Kasinathan menyifatkan kemudahan dan fasiliti yang disediakan di hostel juga amat selesa.

Ia diharapkan dapat membantu para pelajar sepanjang menuntut di UNISEL.

"Di dalam ini saya lihat kemudahan untuk belajar lengkap jadi lebih mudahkan pelajar.

"Keselamatan duduk di dalam kampus juga bagi saya lebih menjamin keselamatan," katanya.

Jurutera, Nor Balqish Othman berpendapat langkah ini dapat membantu para pelajar lebih berdikari.

Menurutnya, ia juga membantu pelajar lebih fokus di dalam pelajar kerana tidak perlu memikirkan tempat tinggal.

"Bila dah duduk hostel ia sekaligus dapat jimatkan kos kehidupan serta masa.

"Mereka juga tidak perlu memikirkan lagi soal fasiliti sebagainya sebaliknya dapat tumpukan perhatian terhadap pelajaran," katanya.

Pelajar, Umi Nurfasikhah Masturi menganggap perkara ini sebagai positif kerana dapat bantu didik pelajar untuk berdikari dalam kehidupan.

Malah dapat memudahkan para pelajar untuk mengulangkaji pelajaran bersama-sama.

"Saya dapat belajar berdikari bila mula duduk hostel.

"Lagipun bila nak belajar dengan rakan-rakan mudah kerana tinggal bersama," katanya.

Pelajar, Muhamed Farhan Hishamuddin menyifatkan ia sebagai pengalaman baru baginya untuk tinggal di hostel.

Dia memuji segala kemudahan dan fasiliti yang disediakan UNISEL.

"Kalau kita lihat fasiliti yang ada di kampus ini lengkap.

"Nak bersukan atau makan serta minum semua ada disediakan di dalam ini,"


Karunakaran dan Nor Balqish

nike tn nike tn pas cher tn pas cher air jordan air jordan pas cher jordan pas cher barbour paris barbour pas cher tiffany outlet tiffany outlet italia hogan outlet hogan outlet online scarpe hogan outlet louboutin pas cher louboutin louboutin soldes canada goose outlet canada goose outlet italia canada goose outlet online