Seramai lebih dari 13 orang pelajar Universiti Selangor (UNISEL) hari ini bertolak ke Sungai Gau, Temerloh Pahang demi rasa kebertanggungjawaban serta kasihnya mereka terhadap mangsa banjir di sana. Kumpulan pelajar ini akan memberi bantuan yang diperlukan penduduk kampong disana dari aspek pembersihan, sokongan moral serta apa sahaja berdasarkan kemampuan mereka kepada mangsa banjir di Sungai Gau. Dua hari satu malam akan dioptimumkan secara total disana itu janji mereka sewaktu bertolak dari kampus Shah Alam pagi ini.

Menurut Haikal Hamzah, pelajar jurusan Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Korporat, tujuan sebenar mengadakan misi bantuan sebegini adalah disebabkan mahu turut terlibat dan merasai sendiri getirnya cabaran yang sedang dihadapai oleh keseluruhan mangsa banjir. Malah menurut beliau lagi, mereka sebagai pelajar mungkin tidak berkeupayaan membantu dari segi kewangan tetapi tulang empat kerat akan dipertaruhkan untuk membantu sedaya mungkin membersih kampung, rumah serta apa sahaja yang tampaknya terkesan dengan banjir.

Selain itu, menarik untuk diperkatakan apabila, saudara Haikal juga ada menyentuh tentang pentingnya untuk kita bermuhasabah diri dengan segala kejadian yang telah menimpa. Ada yang mengelarnya sebagai bencana, malapetaka dan sebagainya, tetapi faktor utama adalah Allah S.W.T mahu menguji kita sebagai hambanya. Lebih dari itu, marilah kita mula menginsafi diri serta menyayangi alam sekitar sebagai sebahagian daripada kehidupan di muka bumi ini. Kesan terhadap kehidupan cukup besar jika alam sekitar mula terganggu dengan rakusnya disamping ketentuan adalah noktahnya.

nike tn nike tn pas cher tn pas cher air jordan air jordan pas cher jordan pas cher barbour paris barbour pas cher tiffany outlet tiffany outlet italia hogan outlet hogan outlet online scarpe hogan outlet louboutin pas cher louboutin louboutin soldes canada goose outlet canada goose outlet italia canada goose outlet online