Presiden yang juga merupakan Naib Canselor UNISEL, Prof Dr Anuar Ahmad (dua, kanan) turut terlibat memindahkan barang-barang bantuan di kampus Shah Alam

Atas dasar keprihatinan terhadap bencana banjir yang berlaku di negara baru-baru ini, Universiti Selangor (UNISEL) mengambil inisiatif mengumpul pelbagai barang-barang untuk disalurkan bagi meringankan beban mangsa di tiga daerah di Terengganu.

Bantuan tersebut dihantar menggunakan lori ke Sekolah Rendah Islam Darul Takwa, Kemaman pada jam 12 tengah malam dan tiba pada jam 9.40 pagi.

Ia disertai oleh 48 warga UNISEL terdiri daripada kakitangan serta pensyarah.

Difahamkan bantuan tersebut akan diagihkan di Kemaman sebelum ia disalurkan di Kuala Berang serta Hulu Terengganu.

Bilik gerakan yang terdapat di ketiga-tiga kawasan tersebut akan menguruskan proses penyerahan bantuan.

Hari ini proses penyerahan pertama akan dibuat di Kampung Tempurung, Kemaman.

Buat masa ini keadaan paras banjir tidak meningkat mahupun surut.

Namun laluan utama dari Chukai ke Kemaman dan Kuantan sudah mula boleh dilalui oleh pengguna jalan raya.

Bantuan ini diharapkan dapat mengurangkan beban yang dialami oleh mangsa-mangsa banjir yang kerugian harta benda.

Kesemua barang-barang yang terdiri daripada makanan, minuman, tuala wanita, lampin, susu, pakaian dan pelbagai lagi mula dikumpul sejak 26 Disember lalu.

Pusat bantuan yang dibuka di kedua-dua kampus Shah Alam serta Bestari Jaya sehingga semalam dibanjiri dengan orang ramai yang mahu menderma.

Pensyarah, kakitangan, pelajar serta orang ramai turut mengambil bahagian menderma pelbagai barangan.

nike tn nike tn pas cher tn pas cher air jordan air jordan pas cher jordan pas cher barbour paris barbour pas cher tiffany outlet tiffany outlet italia hogan outlet hogan outlet online scarpe hogan outlet louboutin pas cher louboutin louboutin soldes canada goose outlet canada goose outlet italia canada goose outlet online