SHAH ALAM: Majlis Jamuan Makan Malam UNISEL 2013 (JAMU 2013) “Memori Terindah di UNISEL” anjuran Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) Universiti Selangor yang berlangsung di Dewan Pro Canselor, UNISEL Kampus Shah Alam Jumaat lalu berjaya menepati sasaran ditetapkan.

Dengan berlatar belakang konsep memori terindah sepanjang menuntut di Kampus Bestari Jaya dan Kampus Shah Alam, lebih 350 alumni yang datang dari seluruh negara membanjiri Dewan Pro Canselor semata-mata untuk mengembalikan semula nostalgia tersendiri pada malam tersebut.

Lebih 50 tetamu kenamaan termasuk Naib Canselor dan Presiden UNISEL, Prof Dr Haji Anuar Haji Ahmad; Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar, Prof Madya Haji Zainal Abidin Kidam; Dekan Fakulti Pendidikan dan Sains Sosial (FESS), Prof Dr Mujaini Tarimin; Dekan Fakulti Perniagaan (FOB), Prof Madya Dr Fuad Mohd Salleh dan Dekan Fakulti Sains dan Bioteknologi (Fasbio), Prof Dr Sharr Azmi Harmin turut hadir untuk memeriahkan majlis tersebut.

Turut hadir di majlis tersebut ialah Pengurus Besar Pejabat Pentadbiran Sumber Manusia (PPSM), Dr Haji Abd Hakim Haji Abd Ghani, Timbalan Pendaftar HEP Kampus Bestari Jaya, Zulfikri Mohd Kamil dan wakil pelbagai fakulti.

Ini adalah kali kedua Bahagian HEP UNISEL mengadakan majlis makan malam yang melibatkan para alumni. Kali pertama adalah pada tahun 2011.

Majlis dimulakan dengan ucapan ringkas oleh Pengerusi Jawatankuasa Penganjur JAMU 2013, Prof Madya Haji Zainal Abidin Kidam yang jelas sangat teruja dengan kehadiran ramai alumni dan senario tersebut membuktikan UNISEL tetap mendapat hati di kalangan bekas pelajarnya.

Katanya, senario tersebut menjadi bukti masih ramai para alumni UNISEL  yang mahu mengenang kembali segenap memori terindah sepanjang menuntut di universiti milik Kerajaan Negeri Selangor ini.

Prof Madya Haji Zainal Abidin Kidam kemudian meminta para alumni UNISEL di seluruh negara segera membentuk semula Persatuan Alumni sudah ditubuhkan pada tahun 2008 tetapi tidak mampu untuk berfungsi sepenuhnya demi mempelbagai aktiviti yang melibatkan para alumni.

Tiga artis terkemuka iaitu Roslan Shah - artis serba boleh yang sering melakukan aksi ala penyanyi nombor satu Asia Sudirman Haji Arshad; penyanyi tersohor Zehra Zamri dan dua pasangan selebriti muda yang terkenal, Tasha Manshahar atau nama sebenarnya Nur Nadia Natasha Mohd Manshahar dan Syed Shamim atau nama sebenarnya Syed Shamim Syed Abdul Kadir.

Semua persembahan diiringi oleh Kombo Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang turut menampilkan tiga penyanyi mereka sepanjang malam tersebut.

Prof Madya Haji Zainal Abidin Kidam menghangatkan lagi suasana apabila berduet bersama Zehra untuk mendendangkan lagu terkenal ciptaan Tan Sri Dr P Ramlee iaitu “Saat Yang Bahagia” dan kemudian menyanyikan lagu solo milik Frank Sinatra yang bertajuk “My Way”.

Paling menarik sepanjang majlis JAMU 2013 adalah para alumni dilihat saling bertukar pandangan, mengambil gambar kenangan dan ada yang dilihat menangis sesama sendiri sebaik sahaja bertemu di UNISEL yang penuh kenangan.

Bahagian HEP UNISEL turut mengundang empat pelajar antarabangsa termasuk tiga dari Indonesia untuk menyaksikan sendiri detik-detik manis yang melibatkan para alumni UNISEL.

Seorang alumni yang juga bekas Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), Wan Azraei Wan Husin turut mencadangkan agar majlis makan malam diadakan pada setiap tahun dan turut melibatkan penyertaan alumni di dalam jawatankuasa penganjur.

Paling menarik, Wan Azraei datang bersama semua senarai ahli jawatankuasa MPP yang bertugas pada zaman tersebut.

nike tn nike tn pas cher tn pas cher air jordan air jordan pas cher jordan pas cher barbour paris barbour pas cher tiffany outlet tiffany outlet italia hogan outlet hogan outlet online scarpe hogan outlet louboutin pas cher louboutin louboutin soldes canada goose outlet canada goose outlet italia canada goose outlet online