Prof Dr Anuar semasa berucap di perhimpunan bulanan di Kampus Shah Alam

Kejayaan Universiti Selangor (UNISEL) mencapai Tier 5 dalam sistem Penarafan Institusi Pengajian Tinggi bagi tahun 2013 (SETARA ’13) bulan lalu amat membanggakan seluruh warga universiti.

Presiden yang juga merupakan Naib Canselor, Prof Dr Anuar Ahmad mengambil peluang semasa perhimpunan bulanan mengucapkan terima kasih kepada semua kakitangan yang berusaha sedaya upaya dalam memastikan UNISEL mencapai kejayaan tersebut.

Penarafan ini merupakan satu perkara yang diluar dugaan namun ia berhasil kerana dedikasi kesemua kakitangan yang bekerja dengan bersungguh-sungguh.

Malah kejayaan ini turut dibuktikan dengan penerimaan pelajar-pelajar UNISEL di dalam industri pekerjaan di negara ini.

Sebanyak 82 peratus mendapat pekerjaaan selepas graduat manakala 16 peratus pula menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi.

Pencapaiaan ini juga disifatkan sebagai luar biasa dalam tempoh UNISEL baru sahaja berusia 15 tahun.

“Syabas kepada semua staf Unisel yang bekerja dengan penuh dedikasi kerana kalau tak kita tak dapat penarafan cemerlang ini.

“Syarikat-syarikat yang menerima pelajar kita bekerja juga berpuas hati dan pencapaian ini adalah usaha semua pihak yang menerapkan nilai-nilau murni dalam usaha melahirkan profesional yang bermoral,” katanya.

Prof Dr Anuar turut berpuas hati dengan kemudahan WiFi berkelajuan 1GB yang siap dipasang di kedua-dua kampus.

Dengan adanya kemudahan ini proses e-learning yang dirancangkan dapat dilaksanakan dengan segera.

Kemudahan ini dijangka dapat dipakai sepenuhnya termasuk di asrama Bestari Jaya pada awal tahun depan.

Dalam pada itu, Prof Dr Anuar turut menyatakan latihan bagi kakitangan akan diberi tumpuan tahun depan.

Perancangan rapi sudah dibuat untuk tujuan itu dan antaranya ia melibatkan pertukaran kakitangan ke jabatan-jabatan lain dalam usaha memastikan individu tersebut lebih fleksibel serta berdaya saing.


Kakitangan mendengar ucapan yang disampaikan oleh Prof Dr Anuar.

nike tn nike tn pas cher tn pas cher air jordan air jordan pas cher jordan pas cher barbour paris barbour pas cher tiffany outlet tiffany outlet italia hogan outlet hogan outlet online scarpe hogan outlet louboutin pas cher louboutin louboutin soldes canada goose outlet canada goose outlet italia canada goose outlet online