Gala Graduation Night 2014 anjuran pelajar Tahun Asas Pengurusan cipta keunikkan tersendiri dengan tema tradisional menjadi pilihan.  Majlis yang berlangsung pada 10 Disember 2014, bertempat di Zam Zam Grand Ballroom, Shah Alam dihadiri lebih daripada 200 orang jemputan termasuk pelajar serta tenaga pengajar. Majlis merupakan salah satu landasan utama kepada semua pelajar untuk mengambil bahagian dalam merangka dan menghasilkan program.

Antara tetamu jemputan khas yang hadir memeriahkan Gala Graduation Night 2014 ialah Prof Madya Dr. Setyawan Widyarto, Dekan Pusat Pengajian Asas & Umum, En. Mohammad Ikram Muzammil bin Idrus selaku Ketua Program Tahun Asas Pengurusan, Puan Yuslina Yusoff, Pengarah Pemasaran & Kemasukan, Encik Hasril Abu Hassan, Ketua Komunikasi Korporat serta pensyarah-pensyarah tahun asas pengurusan.

Dr. Setyawan dalam ucapan ringkasnya melahirkan perasaan terharu dengan komitmen pengajuran majlis oleh semua pelajar ini.   Beliau dalam pada itu turut berharap agar majlis malam ini bakal menjadi landasan terbaik untuk mengeratkan silaturrahim sesama pelajar termasuk tenaga pengajar di universiti.  “Saya kagum dengan tema yang diutarakan oleh pihak penganjur dalam majlis ini, ia menunjukkan kita sebagai manusia tidak boleh menukar tradisi kita kerana ia amat penting dan ia juga melambangkan asal usul kita,” katanya.

Penganjuran majlis ini adalah bagi membolehkan kesemua pelajar merasa dihargai terutama dalam tempoh mengharungi segala rintangan yang di hadapi oleh mereka dalam masa setahun tempoh pengajian di peringkat tahun asas. Ini penting kerana ianya boleh dijadikan sebagai pembakar semangat buat pelajar ini apabila menyambung pengajian mereka di peringkat ijazah sarjana muda kelak.

Menurut En. Mohammad Ikram Muzammil, majlis ini diadakan bagi meraikan pelajar yang telah berjaya menamatkan pengajian tahun asas mereka serta juga merapatkan silatulrahim antara pelajar Tahun Asas Pengurusan. Tambah beliau lagi, program yang julung kali ini di adakan ini juga memberikan penghargaan kepada pelajar Tahun Asas Pengurusan memandangkan kursus ini tidak mempunyai acara konvokesyen setelah tamat pengajian mereka.

Bahkan, pada malam tersebut juga pelajar telah diberi pengiktirafan menerusi tiga kategori penganugerahan iaitu  Anugerah Graduasi, Anugerah Pelajar Cemerlang serta Anugerah Gala. Seramai 44 Orang pemenang bagi keseluruhan kategori telah Berjaya dinobatkan dengan salah satu anugerah turut dimenangi oleh tenaga pengajar sendiri menerusi Anugerah Gala (kategori) Pensyarah Pilihan iaitu Puan Norazlina Hanim binti Shamsudin, Pensyarah Tahun Asas.

Syahira Shamira Dilbar Shah, 20, salah seorang penerima Anugerah Pelajar Cemerlang ketika ditemui, mengucapkan syukur kehadrat Allah S.W.T kerana berjaya merangkul anugerah Pelajar Cemerlang, penat lelah, cabaran dan kesukaran ketika belajar selama ini diiktiraf dan diraikan oleh pihak universiti. Beliau dalam pada itu, berharap anugerah ini dapat dijadikan pemangkin ataupun pembakar semangat kepada kejayaan saya pada masa akan datang.

Majlis yang berakhir sekitar jam 10.30 malam sebelum itu, turut diwarnai dengan acara persembahan oleh Alumni program tahun asas pengurusan antaranya Ismail Azrin dan juga para pelajar.

nike tn nike tn pas cher tn pas cher air jordan air jordan pas cher jordan pas cher barbour paris barbour pas cher tiffany outlet tiffany outlet italia hogan outlet hogan outlet online scarpe hogan outlet louboutin pas cher louboutin louboutin soldes canada goose outlet canada goose outlet italia canada goose outlet online