Universiti Selangor (UNISEL) menerima rombongan delegasi Kerajaan Negeri Kelantan dan Yayasan Kelantan Darul Naim (YAKIN) hari ini bertempat di Kampus Shah Alam, Selangor. Lawatan bertujuan membincangkan hubungan dua hala di antara UNISEL dan Kerajaan Negeri Kelantan menerusi YAKIN berkaitan skop pendidikan secara lebih luas selepas ini.

Rombongan diketuai oleh Yang Berhormat Dato’ Haji Mohd Amar bin Abdullah, Timbalan Menteri Besar Kelantan yang tiba sekitar jam 9 pagi dengan diiringi oleh Yang Berhormat Dato’ Dr. Mohamed Fadzil bin Dato’ Haji Hassan, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan Pendidikan dan Pengajian Tinggi Kelantan bersama-sama dengan pengurusan kanan YAKIN serta Yayasan Islam Kelantan.

Prof. Dr. Anuar Ahmad, Presiden dan Naib Canselor UNISEL dalam ucapan aluannya, mengucapkan ribuan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Kelantan serta pihak YAKIN yang sudi hadir dengan tujuan lebih besar menerusi jalinan usahasama pendidikan selepas ini. Beliau juga dalam pada itu sempat berkongsi serba sedikit berkenaan latar belakang serta pencapaian terkini UNISEL termasuk penarafan Tier5 baru-baru ini menerusi SETARA13.

Delegasi turut diberikan taklimat ringkas berkaitan UNISEL oleh Puan Yuslina Yusoff, Pengarah Pemasaran dan Kemasukan serta Prof Madya Dr. Setyawan Widyarto, Dekan Pusat Pengajian Asasi dan Umum. Majlis yang diadakan sempena lawatan tersebut berakhir kira-kira jam 11.30 pagi dengan acara penyampian cenderamata oleh UNISEL serta YAKIN.

nike tn nike tn pas cher tn pas cher air jordan air jordan pas cher jordan pas cher barbour paris barbour pas cher tiffany outlet tiffany outlet italia hogan outlet hogan outlet online scarpe hogan outlet louboutin pas cher louboutin louboutin soldes canada goose outlet canada goose outlet italia canada goose outlet online