Universiti Selangor (UNISEL) berjaya diberikan penarafan Tier 5 (Cemerlang) menerusi Sistem Penarafan Institusi Pengajian Tinggi bagi tahun 2013 (SETARA ’13). Pengumuman penarafan tersebut diperolehi menerusi sepucuk surat dari Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) bertarikh 17 November 2014, makluman keputusan pencapaian dan perincian markah penarafan SETARA ’13 dengan UNISEL memperolehi Tier 5 secara keseluruhan.

Penarafan Institusi Pengajian Tinggi Malaysia 2013 (SETARA '13) disertai 53 buah institusi pengajian tinggi (IPT) di Malaysia. SETARA '13 mengukur kualiti pengajaran dan pembelajaran pada tahap enam (peringkat Ijazah Pertama) Kerangka Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Framework, MQF) dan merupakan kesinambungan kepada Sistem Penarafan Institusi Pengajian Tinggi Malaysia 2011 (SETARA '11) yang dilaksanakan dalam bentuk penilaian semula (review).

Menurut laporan keputusan penarafan, sebanyak tujuh IPT yang telah berada di kedudukan Tier 4 dalam SETARA '11 telah meningkat pencapaian ke Tier 5 dalam SETARA '13. Sebuah IPT yang berada di Tier 3 pula telah berjaya meningkat pencapaian ke Tier 4 dalam SETARA '13. Empat puluh dua IPT telah mencapai Tier 5 (Cemerlang) dan 11 IPT telah mencapai Tier 4 (Sangat Baik). Walau bagaimanapun, tiada IPT dalam Tier 6 (Terbilang).

Kejayaan diberikan penarafan Tier 5 kepada UNISEL amat bermakna buat semua warga universiti, baik pengurusannya serta para pelajar yang sentiasa menunjukkan komitmen untuk terus memperkasa universiti tercinta ini. Penarafan ini juga boleh diperlambangkan sebagai hadiah paling bermakna sempena 15 tahun penubuhan UNISEL. Tidak keterlaluan jika dikatakan kini kita mampu ‘duduk sama rendah, berdiri sama tinggi’ dengan semua Institut Pengajian Awam & Swasta di Negara.

Ketahuilah, sesungguhnya usaha merealisasikan apa yang telah dan sedang dikecapi adalah hasil pemantapan kualiti pendidikan yang telah dirancang. Bermula dengan tahap pendidikan dan ilmu pengetahuan yang secukupnya akan mampu mencorakkan masa depan individu seterusnya menyumbang kepada pembangunan universiti secara tidak langsung. Ini kerana dengan kualiti pendidikanlah yang akan menentukan hala tuju masyarakat, bangsa dan agama.

Kejayaan ini mengingatkan, betapa kita turut bersama membangun dan melakar sejarah universiti, membina nama dan mengubah persepsi. Dalam hal ini, Pengurusan Universiti memang serius memastikan kepakaran dan modal insan di UNISEL terus dimantapkan. Dalam konteks ini, sebagai sebuah universiti pertama Kerajaan Negeri, UNISEL telah meletakkan ‘benchmark’ sebagai sebuah universiti yang mampu meningkatkan inovasi dan menyumbang kepada negara.

Akhir dari saya, sekalung tahniah buat semua warga universiti yang terlibat dalam usaha memperoleh kejayaan penarafan ke Tier 5 (Cemerlang) ini. Marilah semua dari kita warga universiti cuba untuk mempertahankannya dan berusaha lebih gigih untuk mengapai Tier 6 selepas ini dengan segala kudrat, komitmen serta azam yang tinggi, In Sha Allah.

nike tn nike tn pas cher tn pas cher air jordan air jordan pas cher jordan pas cher barbour paris barbour pas cher tiffany outlet tiffany outlet italia hogan outlet hogan outlet online scarpe hogan outlet louboutin pas cher louboutin louboutin soldes canada goose outlet canada goose outlet italia canada goose outlet online