Seramai hampir 200 orang tetamu jemputan dari pelbagai agensi hadir termasuk dari UNISEL hadir pada pagi ini. Seminar anjuran Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) dengan kerjasama Universiti Selangor (UNISEL) serta Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) berlangsung di Lecture Theatre 1 (LT1) di UNISEL, Kampus Shah Alam. Seminar dijangka berlangsung sehingga jam 1.40 petang dengan agenda terakhirnya adalah untuk mendapat kelulusan resolusi seminar.

Hadir merasmikan Seminar Pendidikan Nasional yang bermula jam 8.30 pagi ini ialah Prof Dr. Haji Anuar Ahmad, Presiden dan Naib Canselor UNISEL. Beliau dalam ucapan perasmian mengucapkan ribuan terima kasih kepada WADAH yang melihat UNISEL sebagai ‘platform’ terbaik penganjuran seminar sekaligus membuktikan bahawa di sini, keterbukaan proses penyampaian ilmu sentiasa dialu-alukan. Sesungguhnya kini UNISEL sudah menjadi agen penyampaian, penyebaran serta perancangan ilmu kepada semua pihak baik di dalam dan luar negara.

Selesai perasmian, pembentangan kertas kerja utama dalam seminar ini disampaikan oleh Prof. Dr Mohd Nor Nawawi, Pengarah Unit Perancang Strategik UNISEL  bertajuk ‘Arah Tuju Pendidikan Nasional : Peranan UNISEL’. Pembentang kedua oleh Prof Dr Tajul Ariffin, Mantan Dekan Pusat Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia dengan tajuk ‘Aplikasi Kurikulum Sepadu’. Manakala, pembentang terakhir ialah Haji Ahmad Mohamed Said, Mantan Bahagian Pendidikan Khas Kementeria Pelajaran Malaysia dengan tajuknya ‘Paradigma Tauhid dalam Pendidikan’.

Prof. Mohd Nor dalam pembentangan kertas kerja utama seminar banyak menekankan kepentingan pendidikan Islam, cabaran serta harapan masa depan.  Banyak persoalan cuba dibangkitkan oleh beliau antaranya, apakah pendidikan Islam?, apakah Islamiknya pendidikan Islam itu?, Dari segi pelaksanaanya apakah caranya kita mencapainya?, adakah cukup dengan memetik ayat suci Al-Quran dan Hadith semata?, dan pelbagai lagi.

Cumanya beliau juga ada menyebut soal keadilan terhadap pembentangan pendek ini bagi menjawab setiap persoalan yang dibangkitkan, kerana kemungkinan persoalan tersebut yang diutarakan sebelum ini adalah untuk renungan secara bersama. Selesai dengan persoalan, akhirnya beliau cuba mengaitkan peranan semua institusi terlibat bermula dari yang sekecil-kecil mungkin hinggalah yang sebesar-besar peranannya dalam memartabatkan Islam serta pendidikan Islam itu sendiri.

‘bermula dengan Konferan Pendidikan Islam Sedunia di Jeddah 1977 para sarjana Islam tidak putus-putus memperinci atau memperhalusi konsep pendidikan Islam sehingga hari ini dimana boleh dikatakan ribuan tulisan telah diterbitkan. Perbincangan atau perdebatan tentangnya bukan sahaja mematangkan pemikiran para sarjana dan pelaksana pendidikan Islam tetapi telah mendorong kewujudan ribuan institusi pendidikan Islam dari pra sekolah sehingga ke peringkat universiti’ katanya

nike tn nike tn pas cher tn pas cher air jordan air jordan pas cher jordan pas cher barbour paris barbour pas cher tiffany outlet tiffany outlet italia hogan outlet hogan outlet online scarpe hogan outlet louboutin pas cher louboutin louboutin soldes canada goose outlet canada goose outlet italia canada goose outlet online