‘Finishing School’ sebagai usaha terkini universiti dalam membantu para pelajar terutama pelajar tahun akhir bagi menyiapkan diri ke lapangan pekerjaan di samping menjamin kualiti graduan Universiti Selangor (UNISEL). Di antara objektif utama penganjuran adalah bertujuan mendedahkan kemahiran menghadapi pekerjaan dan mendapatkan pekerjaan disamping meningkatkan keyakinan diri dalam dunia pekerjaan kelak.

Program anjuran Unit Kaunseling UNISEL itu yang berlangsung hari ini mendapat sambutan baik pelajar dari empat fakulti yang berada di Kampus Shah Alam. Bermula seawal jam 8.00 pagi, tidak menghalang pelajar untuk datang walaupun program berlangsung pada hari bercuti. Program bermula dengan Ucapan Perasmian oleh Tuan Haji Rosli Hassan selaku Ketua Kaunselor UNISEL pada jam 8.30 pagi.

Pelajar tahun akhir Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Industri, Grace Ping ketika ditemui semasa sedang bertindak sebagai Exco Pendaftaran menyatakan, beliau cukup berpuashati dengan penganjuran program sebegini. Ianya bukan sahaja menjadi tempat para palajar menambah ilmu bahkan medan terbaik membuat persiapan diri untuk menempuh dunia luar nanti (alam pekerjaan). ‘kami didedahkan dengan pelbagai cara untuk berhadapan dengan majikan, persiapan diri, komunikasi serta pelbagai lagi’ katanya.

Bahkan, Haikal Hamzah pelajar  jurusan Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Korporat juga turut memberikan pendapat serta pandangan yang hampir sama. Beliau menyatakan program sebegini cukup baik buat semua pelajar untuk persiapan diri sebelum melangkah ke alam pekerjaan. Menurutnya lagi, persiapan kendiri yang awal harus diterapkan agar semua pelajar yang bakal menempuh dunia luar nanti mampu membawa nama UNISEL dengan lebih gah. ‘kita sememangnya cukup sayang dengan UNISEL’ katanya.

Antara pengisian utama program yang berlangsung ialah, ‘Effective Communication, Social Etiquette for professional, Professional image –grooming for young professional, Job hunting – preparing resume and cover letter serta Career Discussion – Alumni session’. Program dijangka akan berakhir sekitar jam 5.00 petang dengan penutupan program akan disempurnakan oleh Puan Hashimah Ismail, Pengarah Pusat Kualiti Program Akademik.

nike tn nike tn pas cher tn pas cher air jordan air jordan pas cher jordan pas cher barbour paris barbour pas cher tiffany outlet tiffany outlet italia hogan outlet hogan outlet online scarpe hogan outlet louboutin pas cher louboutin louboutin soldes canada goose outlet canada goose outlet italia canada goose outlet online