Universiti Selangor (UNISEL) baru-baru ini telah menganjurkan program ICT Boot Camp UNISEL 2017 kepada pelajar-pelajar sekolah sekitar negeri Selangor. Program ini merupakan rentetan dari program ICT Boot Camp 2016 yang merupakan program kerjasama Fakulti Kommunikasi, Seni Visual dan Pengkomputeran (FKSVP) dengan Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains, Teknologi Dan Inovasi Negeri Selangor yang bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pelajar dalam bidang pengkomputeran, multimedia kreatif dan komunikasi.

Program selama dua hari ini berlangsung di Jabatan Pengkomputeran FKSVP UNISEL Bestari Jaya lebih menekankan kepada kemahiran asas pembangunan applikasi mudah alih seperti MIT Apps Inventor, Lumion 3D dan Game Salad. Program asas ini penting dalam merintis dan mendedahkan para pelajar dengan pembangunan applikasi mudah alih demi merealisasikan hasrat kerajaan negeri Selangor membentuk rakyat yang berpengetahuan dalam penggunaan teknologi terkini serta menjana pertumbuhan ekonomi yang lebih baik selain menambah peluang pekerjaan, memelihara alam sekitar dan menambahkan kualiti kehidupan untuk rakyat.

Sehingga kini, program ini telah melibatkan lebih 240 pelajar dari enam buah sekolah sekitar Selangor iaitu SMK Bandar Sunway, SMK Bandar Baru Sungai Buloh, SMK Taman Desa II,  SM Islam Integrasi Tahfiz As-Syakirin, SMK Ideal Heights  dan SMK Sungai Choh, Rawang. Disamping kemahiran asas pembangunan applikasi computer, pelajar juga didedahkan dengan aktiviti-aktiviti latihan dalam kumpulan. Aktiviti ini dapat memupuk semangat kerjasama, perpaduan dan melatih para pelajar berfikir lebih kritis dan inovatif dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi.

Lebih menarik apabila para peserta turut didedahkan dengan persembahan dan tunjuk ajar berkaitan penghasilan lukisan, visual dan fotografi oleh pensyarah daripada Jabatan Seni Visual dan Pengkomputeran UNISEL. Kebanyakan peserta memberikan respon positif dan amat teruja untuk mendalami ilmu dalam bidang pengkomputeran. Para guru turut berterima kasih kepada pihak penganjur dan berharap agar lebih banyak kursus yang berkaitan dengan pengkomputeran diadakan pada masa akan datang.

Sehubungan itu, sempena Hari Terbuka UNISEL 2.0 baru-baru ini telah berlangsungnya Majlis Pelancaran Majlis Pelancaran ICT Boot Camp yang telah dirasmikan oleh YB Nik Nazmi Nik Ahmad, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri Selangor. Semoga program seperti ini dapat diteruskan pada setiap tahun agar dapat membantu generasi baru dalam usaha untuk bangunkan Selangor sebagai Smart State yang bakal menjadi negeri contoh di peringkat antarabangsa.

Universiti Selangor (UNISEL) hari ini telah menganjurkan satu program Program Cakna Insan Autistik dan Disleksia UNISEL 2017 yang bertujuan untuk melahirkan belia dan masyarakat yang prihatin terhadap golongan kanak-kanak istimewa. Program ini merupakan anjuran mahasiswa yang mengambil kursus Khidmat Masyarakat (MPU3452) yang diketuai oleh Puan Siti Rahayu Hassan.

Satu forum bertajuk "Membentuk Generasi OKU yang Cemerlang" turut diadakan. Antara panel yang hadir adalah Dr. Rina Abdul Shukor, Timbalan Dekan Fakulti Komunikasi, Seni Visual dan Pengkomputeran, Puan Ainizal, Pengarah Gening World Solution dan Khairul Anwar Korai yang merupakan bekas pelajar UNISEL yang menghidap penyakit dyslexia. Dr Hamdan Dato Mohd Salleh, Dekan Pusat Pembangunan Pengajian Asasi turut hadir selaku moderator bagi membincangkan isu-isu berkenaan golongan kurang upaya disamping memberikan pendedahan kepada masyarakat untuk mendalami dan menanam sikap hormat serta sayang kepada golongan istimewa ini.

Turut diadakan adalah aktiviti permainan seperti tutorial menggunakan bahan grafik, puppet show dan teka-teki bagi memberi pendedahan kepada ibu bapa, pelajar dan masyarakat dalam membudayakan golongan kanak-kanak kurang upaya.

Keberangkatan Duli Yang Teramat Mulia Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Shah Alhaj sempena Larian Obor Kuala Lumpur 2017 hari ini telah disambut meriah beserta sorakan gemuruh oleh warga Universiti Selangor (UNISEL). Ini juga merupakan lawatan kali pertama oleh D.Y.T.M Raja Muda Selangor ke UNISEL.

UNISEL pada tahun ini telah terpilih untuk menjadi salah satu daripada lokasi check point bagi Larian Obor Kuala Lumpur 2017 bagi Negeri Selangor. Prof. Dato' Dr. Mohammad Redzuan Othman, Presiden dan Naib Canselor UNISEL dalam pada itu sempat beramah mesra pada satu sesi khas penyerahan cenderamata kepada D.Y.T.M Raja Muda Selangor yang berlangsung di Lobi UNISEL Kampus Shah Alam. Majlis penyerahan cenderamata khas itu turut disaksikan oleh beberapa wakil daripada Kementerian Belia dan Sukan serta pengurusan tertinggi UNISEL.

Seramai 100 orang pelajar dan kakitangan serta beberapa pelari yang terpilih telah menyertai larian obor bersama D.Y.T.M Raja Muda Selangor, Y.A.M Tengku Datin Paduka Setia Zatashah Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Dato' Setia Aubry Rahim Mennesson hari ini bermula di perkarangan kampus UNISEL Shah Alam ke check point terakhir di UiTM Shah Alam.

Dalam usaha melahirkan mahasiswa yang berdaya saing di peringkat global, Universiti Selangor (UNISEL) hari ini telah mengadakan satu Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman dengan Global Peace Malaysia (GPM). Majlis ini merupakan satu titik permulaan bagi kedua-dua belah pihak dalam menerajui aktiviti sukarelawan terutama sekali penglibatan para mahasiswa dalam aktiviti kemasyarakatan.

"Penglibatan mahasiswa dalam program sukarelawan ini amat dititikberatkan agar sifat kepimpinan itu dapat dipupuk dalam kalangan para mahasiswa. Selain itu, mahasiswa juga diberi ruang dan peluang untuk melawat dan melihat dunia luar menerusi lawatan-lawatan bantuan kemanusiaan antaranya ke Indonesia, Filipina, Vietnam, Kemboja dan Thailand," ujar Prof. Dato' Dr. Mohammad Redzuan Othman, Presiden dan Naib Canselor UNISEL.

Program di bawah kelolaan Pusat Jaringan Komuniti dan Kegiatan Pelajar (COMNET) ini turut mendapat kerjasama daripada Kerajaan Negeri Selangor dan Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI). Pada tahun 2017, UNISEL telah menerima peruntukan sebanyak RM1 juta daripada MBI dan sebanyak RM250 ribu telah disalurkan bagi pembangunan aktiviti sukarelawan. Sokongan mantap daripada Kerajaan Negeri Selangor dan pengurusan universiti merupakan tunjang utama dalam menghasilkan pelajar yang berkualiti di UNISEL.

Turut berlangsung adalah Majlis Pelancaran Sukarelawan Antarabangsa, Buku Prosedur Kegiatan Pelajar 2017 dan Ceramah Sukarelawan yang telah disampaikan oleh Tn. Haji Ahmad Azam bin Ab. Rahman, Timbalan Setiausaha Agung, UNION of NGO's of Islamic World (UNW). Untuk makluman, seramai 500 mahasiswa telah mengikuti temuduga bagi Program Sukarelawan Antarabangsa ini. Sambutan baik yang telah diterima ini membuktikan UNISEL mampu untuk melahirkan modal insan yang mempunyai ciri-ciri untuk menjadi pemimpin masa hadapan.

“Outdoor Gymnasium” merupakan salah satu inisiatif yang telah diambil oleh pihak Pusat Sukan Universiti Selangor (IPIS) untuk mewujudkan satu budaya bersukan dalam kalangan pelajar. Demikian itu, satu Majlis Perasmian “Outdoor Gymnasium UNISEL 2017” telah diadakan di Perkarangan Kolej Kediaman Kampus Bestari Jaya semalam.

Projek dibawah kendalian Dr. Mohd Norazwan A. Bakar selaku Pengarah IPIS itu turut mendapat galakan sepenuhnya daripada Prof. Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman, Presiden & Naib Canselor UNISEL yang hadir bagi merasmikan majlis tersebut. Pembukaan “outdoor gymnasium” ini merupakan langkah penting untuk melahirkan satu budaya sihat dalam kalangan warga universiti.

“Outdoor Gymnasium ini mempunyai 8 stesen yang mempunyai fungsi yang berbeza dimana ia dapat meningkatkan tahap kecergasan fizikal pelajar dan staf. Pembukaan outdoor gymnasium pertama di UNISEL ini merupakan satu titik permulaan dalam rangka untuk melahirkan atlet bertaraf Olimpik. Kita telah mengadakan perjanjian persefahaman dengan Majlis Sukan Negara dan Majlis Sukan Negeri Selangor baru-baru ini dan kata sepakat juga telah dicapai untuk menjadikan UNISEL sebagai salah sebuah pusat untuk melahirkan atlet yang cemerlang dalam kegiatan sukan dan akademik,” ucap Prof.Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman.

Lapan stesen tersebut adalah Sky Walker, Leg Press, Chin Up Bar, Torso Swing, Chest Press Station, Lat Pulldown Station, Elliptical Work Station dan Twist Stepper. Kelapan-lapan stesen ini mempunyai fungsi yang berbeza dan terbuka kepada seluruh warga UNISEL.

Apa yang lebih menarik, UNISEL juga mendapat sokongan daripada YB Tuan Amiruddin Shari, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Generasi Muda & Sukan, Kebudayaan Dan Pembangunan Usahawan Negeri Selangor dalam usaha untuk melahirkan atlet kayak bertaraf dunia. Pelbagai cadangan telah dipertimbangkan dalam rangka kerja untuk menceriakan lagi persekitaran kampus seperti projek mengindah tasik UNISEL untuk kegunaan aktiviti latihan kayak serta cadangan laluan trek berbasikal di sekitar kampus.

Dalam pada itu, Presiden dan Naib Canselor UNISEL juga sempat meluangkan masa melawat tapak outdoor gymnasium yang terletak di dua lokasi iaitu di IPIS dan Perkarangan Kolej Kediaman Kampus Bestari Jaya. Beliau juga turut sama menyertai Program Berbasikal bersama beberapa kakitangan universiti mengelilingi kawasan kampus. Program Berbasikal ini bertujuan untuk meningkatkan tahap kecergasan mental dan fizikal di samping mengeratkan lagi hubungan silaturrahim sesama warga universiti.

nike tn nike tn pas cher tn pas cher air jordan air jordan pas cher jordan pas cher barbour paris barbour pas cher tiffany outlet tiffany outlet italia hogan outlet hogan outlet online scarpe hogan outlet louboutin pas cher louboutin louboutin soldes canada goose outlet canada goose outlet italia canada goose outlet online