BESTARI JAYA – Seramai 2,003 graduan diraikan dalam Istiadat Konvokesyen Kelapan Universiti Selangor (UNISEL) yang telah dilangsungkan selama dua hari (26hb -27hb Oktober 2013 telah diadakan di Dewan Canselor, UNISEL Kampus Bestari Jaya. Daripada jumlah ini seramai tujuh orang telah menerima ijazah kedoktoran falsafah dan profesional, 34 orang menerima ijazah sarjana (masters), 1,025 orang menerima ijazah sarjana muda (bachelor) dan 937 orang menerima diploma. 

Istiadat Konvokesyen kali ini telah dibahagiakan kepada empat sidang bermula dengan sidang pertama pada 26hb Okt 2013 (Sabtu) yang telah disempurnakan oleh YAD Raja Tan Sri Dato’ Seri Arshad Alhaj bin Raja Tun Uda Alhaj selaku Canselor UNISEL dan mengiringi beliau ialah PRO- Canselor UNISEL, Dato’ Setia Dr. Haji Anuar bin Masduki.

Turut hadir dalam Istiadat Konvokesyen pada hari pertama ialah Dato’ Menteri Besar Selangor, selaku Pengerusi Lembaga Pengarah Pendidikan Industri YS Sdn Bhd/UNISEL, Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid Ibrahim, Pro-Canselor UNISEL, Dato’ Setia Dr Haji Anuar Masduki, Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Kerajaan Selangor YB Puan Dr Hajah Halimah Ali serta Ahli Lembaga Pengarah UNISEL

Turut sama hadir pada Istiadat kali ini ialah tetamu istimewa dari Politeknik Lembaga Pendidikan LP3I, Indonesia seramai 42 orang terdiri dari 7 orang tenaga pengajar dan 35 orang pelajar-pelajar terbaik seluruh Indonesia. Mereka sama-sama ingin turut serta memeriahkan lagi majlis gilang-gemilang ini di samping meraikan penerima Ijazah Kehormat dari Negara seberang itu.

Penerima bagi Anugerah Ijazah Kehormat Doktor Sains pada Istiadat kali ini adalah seorang tokoh yang cukup disegani, Beliau ialah Prof Dr Akhmaloka, Rektor Institut Teknologi Bandung (ITB) Indonesia. Pemilihan berdasarkan sumbangan beliau sebagai seorang sarjana ulung dan keupayaan mengemudi ITB ke puncak kejayaan sehingga mencatat nama sebagai institusi yang cukup dihormati serta mendukung kerjasama yang amat bermakna dengan UNISEL. Inspirasi yang diperolehi daripada kerjasama ini telah membantu pembangunan penyelidikan di UNISEL dan Negeri Selangor.

Untuk makluman, UNISEL telah menganugerahkan Ijazah Kehormat pertama kepada Prof Abdel-Salam Majali, 86, pada Istiadat Konvokesyen Ke-6, 2011. Beliau dilantik selama dua penggal iaitu pada 1993-1995 dan 1997-1998 sebagai Perdana Menteri Jordan juga merupakan tokoh akademik tersohor dunia yang banyak menyumbang kepada pembangunan pendidikan perubatan tinggi dan saintis Islam.

Sementara itu seramai lapan orang graduan telah merangkul Anugerah Pelajar Terbaik Fakulti dan 39 graduan pula menerima Anugerah Pelajar Terbaik Program di samping empat anugerah utama yang menjadi daya tarikan setiap graduan bukti keprihatinan universiti dalam menghargai kesungguhan serta kegigihan para graduan selama ini.

Anugerah yang dimaksudkan ialah:

  • Anugerah Canselor 2013 telah diterima oleh Shuaib Yunus, pelajar dari Nigeria yang mengikuti Program  Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Kejuruteraan Perisian) (Kepujian). Beliau menerima RM5,000, trofi pusingan dan sijil tajaan PKNS
  • Anugerah Pengerusi 2013 dirangkul oleh Nurul Izzah binti Ahmad penerima Ijazah Sarjana Muda Komunikasi (Kepujian) (Komunikasi Korporat). Beliau menerima RM3,000,  tajaan Yayasan Selangor
  • Anugerah Naib Canselor 2013 telah diterima oleh Henkie Isahwan bin Mulyadi Lai, penerima Ijazah Sarjana Muda Sains Makmal Perubatan (Kepujian). Beliau menerima RM2,500 tajaan Permodalan Negeri Selangor Sdn Bhd (PNSB).
  • Anugerah Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Selangor, diterima Muhammad Hafiz Jaini, penerima  Diploma Kejuruteraan Mekanikal.  Menerima hadiah wang tunai RM2,500

Istiadat Konvokesyen ini bertambah rancak dengan penganjuran Pesta Konvokesyen UNISEL (FESKONISEL) yang dikendalikan oleh Majlis Perwakilan Pelajar (MPP). FESKONISEL ini telah berlangsung pada 24 hingga 27 Oktober dengan pelbagai aktiviti, antaranya ialah jualan pelbagai produk, sukaneka, nasyid, pameran kebudayaan, Forum Hal Ehwal Agama Islam serta Pameran Kejayaan UNISEL akan mengambil tempat bagi memenuhi kehendak dan selera pengunjung.

nike tn nike tn pas cher tn pas cher air jordan air jordan pas cher jordan pas cher barbour paris barbour pas cher tiffany outlet tiffany outlet italia hogan outlet hogan outlet online scarpe hogan outlet louboutin pas cher louboutin louboutin soldes canada goose outlet canada goose outlet italia canada goose outlet online