Larian Gempak & Universiti Selangor Menutup Tirai Acara 2017

Larian Gempak & Universiti Selangor Menutup Tirai Acara 2017

 
 

Universiti Selangor (UNISEL) dengan kerjasama Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains, Teknologi dan Inovasi Selangor dengan penuh bergaya telah melabuhkan tirai tahun 2017 menerusi penganjuran acara Larian Gempak Universiti Selangor.

Peserta mula melimpahi Dataran Kemerdekaan Shah Alam seawal jam 6 pagi bagi sesi pendaftaran manakala ‘flag off’ larian pada jam 7.30 pagi. Hadir merasmikan ‘flag off’ adalah Puan Zaitun Abd Malek, Bendahari UNISEL bersama Encik Abu Naaim Munir, Pengarah Pembangunan Perniagaan UNISEL Kampus Shah Alam.

Dua kategori yang dipertandingkan adalah acara 5km kategori lelaki dan 5km kategori wanita. Peserta pertama bagi kategori lelaki yang berjaya menamatkan acara larian adalah Karthik a/l Jayaraman dengan catatan masa 15 minit 18 saat manakala bagi kategori wanita pula dimenangi oleh Sheela Samivellu dengan catatan masa 18 minit 22 saat.

Larian yang telah memasuki siri keenam ini mendapat sambutan yang amat meriah dan telah berlangsung di Dataran Kemerdekaan Shah Alam. Dengan berakhirnya Larian Gempak Universiti pada hari ini, sudah pasti acara ini adalah penutup tirai 2017 yang cukup bergaya disamping pembuka lembaran 2018 yang bakal kunjung tiba.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *