Kakitangan UNISEL Terima Insentif Sebulan Gaji Sempena Aidilfitri

Kakitangan UNISEL Terima Insentif Sebulan Gaji Sempena Aidilfitri

Kakitangan Universiti Selangor (UNISEL) bakal menerima insentif Aidilfitri sebanyak sebulan gaji pokok yang akan mula dibayar sebelum perayaan Aidilfitri yang akan disambut pada minggu hadapan.

Pengumuman khas tersebut telah disampaikan oleh Prof. Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman, Presiden dan Naib Canselor sempena Perhimpunan Bulanan kali ke-4 yang telah berlansung di Dewan Senat, UNISEL Bestari Jaya dan siaran langsung ke LT2 UNISEL Shah Alam.

“Pemberian insentif ini adalah sebagai tanda penghargaan kepada kakitangan yang telah bertungkus-lumus dalam memastikan setiap gerak kerja di UNISEL berjalan lancar. Terima kasih juga diucapkan kepada pihak Menteri Besar Incorporated yang telah meluluskan insentif ini,” ujar beliau.

Beliau juga telah mengumumkan kelonggaran cuti kepada kesemua kakitangan yang ingin bercuti sepanjang perayaan Aidilfitri nanti dan berharap agar cuti perayaan ini dimanfaatkan sepenuhnya untuk meluangkan masa bersama keluarga di kampung.

Menerusi majlis yang sama, beliau sempat mengucapkan tahniah kepada mantan Timbalan Naib Canselor UNISEL, Y.B Dr. Shaharuddin Badaruddin yang kini telah menjawat jawatan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains, Teknologi dan Inovasi Selangor.

Pada kesempatan yang sama, beliau turut mengumumkan beberapa aktiviti yang bakal dilaksanakan selepas cuti Hari Raya Aidilfitri seperti program hari keluarga, sambutan hari raya serta meneruskan kelangsungan projek transformasi universiti yang melibatkan pembinaan pintu gerbang dan menara untuk Masjid UNISEL.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *