Jun 2018 Catat Rekod Kemasukan Pelajar Baharu Paling Tinggi

Jun 2018 Catat Rekod Kemasukan Pelajar Baharu Paling Tinggi

Transformasi besar yang dilakukan oleh Presiden dan Naib Canselor Universiti Selangor (UNISEL), Prof. Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman jelas membuktikan universiti ini sudah mampu bergerak seiring dengan institusi pengajian tinggi lain.

Penerimaan masyarakat khususnya ibu bapa dan pelajar sendiri cukup untuk membuktikan UNISEL menjadi pilihan utama mereka. Ini susulan limpahan jumlah kemasukan pelajar baharu bagi sesi Jun 2018 yang mencecah hampir dua kali ganda berbanding pendaftaran pelajar pada sebelum ini.

Rata-rata ibu bapa yang ditemui pada hari ini mengakui UNISEL menjadi pilihan utama mereka disebabkan beberapa faktor seperti persekitaran yang hijau, kemudahan bilik kuliah yang mesra pelajar dan kemudahan asrama bertaraf empat bintang.

Sejajar dengan tagline “Peneraju Transformasi” yang dibawa oleh Presiden dan Naib Canselor ketujuh itu jelas menunjukkan pembaharuan suasana kampus berjaya menarik bukan sahaja mereka dari negeri Selangor malah dari negeri-negeri lain termasuk Sabah dan Sarawak.

Kurang dari tiga tahun menerajui transformasi universiti, Prof. Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman mengetengahkan pelbagai idea yang yang telah direalisasikan dalam bentuk pembaharuan kemudahan dan fasiliti bagi memenuhi keselesaan pelajar khususnya.

Proses baik pulih fakulti termasuklah bilik kuliah dan auditorium dilakukan bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung dengan selesa. Pengindahan kampus seperti tasik dan penanaman pokok-pokok dipergiatkan bagi memastikan suasana kampus terus subur menghijau.

Para pelajar baharu yang sempat ditemui semasa hari pendaftaran berlangsung memberi hujahan positif terhadap kemudahan yang disediakan. Ia bukan sahaja memenuhi kehendak pelajar malah mesra OKU. Dalam pada itu, mereka turut menzahirkan rasa kepuasan sekitar proses pendaftaran berjalan dengan penuh sistematik.

Program-program yang berkait rapat dengan komuniti juga diterapkan dalam kursus yang bakal diikuti oleh pelajar. Ini bagi memastikan UNISEL melahirkan lebih ramai pelajar yang mempunyai sahsiah diri yang tinggi serta yang boleh menjadi pemimpin negara kelak.

Justeru itu, buat para pelajar di luar sana yang berminat untuk menyambung pengajian di UNISEL, kemasukan Jun 2018 akan dilanjutkan sehingga 13 Julai 2018 nanti. Anda boleh terus datang ke kampus Bestari Jaya atau Shah Alam untuk membuat pendaftaran. Jangan lupa untuk membawa bersama dokumen-dokumen berkaitan bagi memudahkan urusan pendaftaran. Sebarang pertanyaan boleh hubungi talian 03-55223400 / 012-3401740 / 011-33907681

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *